Membawang, mengilai, penuhkan tempat letak tudung dalam surau sampai orang lain terlepas waktu solat, kaum wanita TOLONG ubah sikap buruk anda ni!
Hari pertama 2019, mak terasa dah sampai masa untuk meluahkan 9 perkara yang mak pendam sepanjang beberapa tahun ini. Tentang MENTALITI WANITA DI SURAU. Terutama surau di SHOPPING MALL. Puncanya sebab dah dua kali kejadian yang menyebabkan mak hangin berlaku dalam dua hari berturut-turut mak pergi mall ni. Nak tak nak mak kena tulis dan post juga. Siapa yang lepas baca 9 perkara ni setuju dengan mak, marilah kita sebarkan pada yang lain supaya ia tak berlaku lagi okay!
1)Sebelum masuk Surau. Rak kasut kukuh lagi canggih, tapi kita tetap nak letak dekat depan pintu kan? Ya lah, nak cepat tapi sesungguhnyaa tak sampai berapa saat pun untuk kau ambil kasut dan letak atas rak cantik tu. Takkan roboh rak kasut tu walaupun kasut wedges 5 inci kita tu seberat batu bata. Ini bukan main komen nak maju macam negara Jepun, tapi mentaliti kita dah sampai ke belum? Dan mak pernah terpijak kasut tumit tinggi yang runcing tu sebab diletak merata depan pintu. woi sakitnyaa hanya tuhan sahaja yang tahu!
2) Mengecop tempat dengan letak segala handbag, dan beg shopping atas sejadah, Kemudian ambil telekung awal-awal di rak dan cop tempat sambil shawl dihampar selebar lautan. Tapi dia baru nak pergi beratur ambil wudhu’, cabut pin tudung, bersihkan makeup yang dalam tempoh masa tu sempat orang lain yang dah selesai berwudhu tadi solat selesai 4 rakaat siap. Mak pernah alihkan tudung seorang wanita yang buat perkara di atas ni dan solat atas sejadah yang dia dah cop sebab ruang terhad, sejadah habis dan Saif dah meraung dalam surau tu. Waktu tu Daddy Saif tak ada sama untuk gilir solat. (Kena mention ni penting) Selesai mak beri salam dia baru terkedek-kedek dari tempat wudhu’. Dan dia boleh bercekak pinggang marah mak sebab alih tudung dia. Of course mak hangin, tapi mak biarkan jelah dan angkat Saif yang melalak itu lebih penting.
3) Bawalah wet tissue, makeup remover dan sebagainya dalam handbag mahal kita tu. Jangan kedekut, makeup remover beli sebungkus dekat tesco pun ada. Tak ada sangat guna jelah baby wipes adik atau anak kita tu. Tolonglah jangan lap makeup yang tak remove lepastu bila ambil wudhu’ makeup cair berbekas terus dekat telekung tu. Siap ada kesan bibir. Ewww! Geli weh! Walaupun telekung tu hitam, tolonglah. Biasakan jadi pembersih, ia akan jadi tabiat kita. Percayalah. Dalam hal ni mak puji usaha beberapa shopping mall dan stesen minyak yang tukar ganti telekung bersih setiap hari mengikut warna. Contohnya Aeon Midvalley dan beberapa stesen Petronas.
4) Telekung yang diletakkan dalam surau mall tu untuk kegunaan bersama. Walaupun kita dah datang dulu, solat dan nak berzikir sehingga masuk waktu seterusnya, fikirkan orang lain yang nak guna telekung tu juga. Kalau bawa telekung sendiri lain cerita. Ini real kejadian berlaku pada diri mak sendiri sampai terpaksa merayu nak mintak dilepaskan telekung tu untuk bagi kita solat sekejap. Siap dia buat muka kat mak ala-ala mak rampas barang. Aduhai, kau nak judge orang tu solat hujung waktu ke apa kau punya pasal. Tapi agak-agak kalau orang tu terlepas solat sebab kita tak kasi dia guna telekung siapa yang lagi berdosa?
5) Sejadah. Memang ada banyak, tapi kalau semua kita nak conquer sorang sehelai, kan dah tak cukup jadinya, dah la telekung nak punyakan, sejadah tak nak kongsi, bawa sendiri punya pun tidak. Jangan macam tu para wanita solehah sekalian. Sejadah tu kalau dah nampak orang ramai dalam surau, terus je bentang memanjang, kan elok lebih ramai dapat guna dan tak perlu semua orang nak ambil sejadah lain. Tak berdosa aih, dijamin! Dan ia menjimatkan masa, ruang, dan memudahkan lebih ramai orang.
6) Selesai beri kedua salam dan berdoa seringkasnya, (kalau surau kosong kau nak zikir, baca al-quran dan sebagainya silakan) tengok cepat-cepat ada tak yang menanti nak guna telekung dibelakang. Kalau ada bangun dan boleh offer terus pada orang tersebut. Kalau tak ada, kembalikan semula ke rak dalam keadaan elok, telekung gantung, sejadah lipat. Biarlah orang lain tak hantar pun, biarlah orang lain campak je pun, kau hantar lah. Bila kita mulakan sesuatu yang baik, mesti akan ada yang segan dan ikut. Kau try buat dan tengok. Kau akan rasa seronok.
7) Selesai Solat, kita nak berhijabista, lilit tudung tujuh lapan lilitan, bermakeup ala-ala nak makeup pengantin, tak ada masalah, silakan. Tapi please, ladies.. Bukan di atas sejadah yang orang lain bersusun beratur dekat belakang tengah tunggu giliran dan bukan juga di cermin belakang atau tepi tempat solat yang ruangan dia besar lagi sekangkang kera. Biasanya, kebanyakan surau mall letaknya sangat berhampiran dengan tandas, tak salah kalau kita sarung je tudung tu ala kadar asalkan tertutup rapi, dan pergilah bersiap di cermin tandas. Nak duduk 3 jam dalam tu pun tak ada siapa nak marah selain suami atau pakwe kita yang kematu menunggu.
8.) Nak membawang, gelak mengilai, bergosip, tempatnya ada banyak dekat mall yang kita pergi tu. Duduklah berapa jam pun yang kita mahu. Tapi bukan dalam surau. Ya, kau nak berehat, tapi dalam keadaan surau yang sesak terutama di kemuncak waktu solat, perbuatan kita itu sangat mengganggu.Ya, tahu kau ada banyak cerita bila jumpa kawan – kawan sekali sekala. Mak pun macam tu juga. Tapi, pernah tak belajar pendidikan sivik dan kewarganegaraan, bab beradab di tempat ibadah? Dalam buku teks sejarah tahun 6 pun ada bab ni. Jangan sampai mak bukak kelas tuisyen kat sini. Haaaa.
9) Untuk rakan-rakan kelab emak-emak pula, diharapkan sentiasalah kita ingatkan diri kita, walaubagaimana kita nak senangkan diri sendiri pun, jangan sampai tukar pampers anak di tempat wudhu’ apatah lagi biar anak kencing dan berak dan paling huduh sekali perangai bila kita tinggal begitu sahaja pampers tersebut dekat situ. Apa guna mall serba canggih sediakan baby room banyak – banyak tu kawan. Tong sampah dekat mall tu walaupun cantik dan canggih, tetap boleh digunakan untuk buang sampah. Jangan takut. Dan diharapkan, tahun 2019 ni buanglah mentaliti, cleaner dibayar untuk urus sisa dan sampah yang kita tinggalkan. Mudahkan kerja orang, InsyaAllah urusan kita akan dipermudahkan dalam cara yang kita tak sangka.
Akhir kata, bertimbangrasa dan bertanggungjawablah, segala kemudahan awam di shopping mall mahupun di mana-mana sahaja adalah hak kita bersama, elok kita guna, elok lah keadaannya untuk kegunaan bersama yang berpanjangan. Jagalah harta benda awam sebagaimana kita jaga harta benda kita sendiri. Guna dengan berhemah, kemudian baru kita boleh duduk dan sembang kencang tentang mentaliti kelas pertama. Sekian.
#cikguyanggarangtapibaik dah kembali.
The post Membawang, mengilai, penuhkan tempat letak tudung dalam surau sampai orang lain terlepas waktu solat, kaum wanita TOLONG ubah sikap buruk anda ni! appeared first on Kaki Viral.
✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2R8e9i9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment