Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nampak comel tapi inilah reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar TindanChallenge yang viral baru2 ini! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nampak comel tapi inilah reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar TindanChallenge yang viral baru2 ini!

Dari FB Public Health Malaysia

NGERI!

Itu reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar #TindanChallenge di kongsi baru baru ini.

Ibu bapa sekalian, kanak kanak masih lagi di fasa tumbesaran, tulang dan otot mereka masih lagi berkembang, rapuh dan mudah cedera.

Bebanan di bahagian tulang belakang dan tengkuk menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat kecederaan tulang belakang dan kecederaan saraf tunjang.

Kecederaan ini juga sering berlaku apabila kanak kanak terjatuh dari tempat tinggi.

Komplikasi dari kecederaan tulang belakang menyebabkan risiko lumpuh seumur hidup. Berbaloikah mengejar gambar viral sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan anak anak?

FAKTA MENGENAI KECEDERAAN TULANG BELAKANG DIKALANGAN KANAK KANAK

✅ Kemalangan dan JATUH merupakan antara punca utama kecederaan tulang belakang di kalangan kanak kanak.
✅ 20% kecederaan saraf tunjang dan tulang belakang berlaku kepada REMAJA & KANAK KANAK.
✅ Insiden untuk menjadi kacacatan tulang bengkok (skoliosis) akan meningkat 90% sekiranya seseorang mengalami kecederaan semasa kanak kanak.
✅ Kanak kanak lebih berisiko untuk LUMPUH sekiranya alami kecederaan tulang belakang.
✅ KOMPLIKASI bagi kanak kanak dan remaja yang mengalami kecederaan tulang belakang adalah lebih tinggi.
.

Ibu bapa, sila ambil perhatian akan perkongsian ini, janganlah terlalu galak mengejar “like” dan “Viral” sehingga sanggup membiarkan anak anak membuat formasi merbahaya seperti ini.

Kecederaan tulang belakang bukan main main, ketika itu air mata darah sekalipun tidak akan menebus ribuan like yang anda terima 🙏🏻🙏🏻

Katakan TIDAK untuk #TindanChallenge

The post Nampak comel tapi inilah reaksi seorang doktor pakar rehabilisasi apabila melihat gambar TindanChallenge yang viral baru2 ini! appeared first on Kaki Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Kaki Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2C8fye2

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.