Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita Lahirkan Anak Walaupun Sudah Bedekat Hidup Dalam Koma - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita Lahirkan Anak Walaupun Sudah Bedekat Hidup Dalam Koma


NEW YORK: Polis Phoenix sedang menyiasat laporan serangan seksual ke atas seorang wanita yang melahirkan seorang anak, walaupun berada di dalam keadaan koma sejak beberapa dekad lalu di sebuah hospital.

Menurut media tempatan, wanita itu dirawat di Pusat Penjagaan Kesihatan Hacienda (Hacienda) selepas terbabit dalam insiden lemas yang mengakibatkan beliau hilang keupayaan.

Wanita itu dilaporkan melahirkan seorang bayi lelaki pada 29 Disember lalu.

Laporan itu juga menyebut, tiada siapa yang mengetahui bahawa beliau sedang hamil dan kakitangan pusat penjagaan kesihatan itu pada awalnya agak terkejut apabila mendengar wanita itu mula mengerang.

“Perkara ini sedang dalam disiasat Jabatan Polis Phoenix,” kata Sarjan Tommy Thompson kepada Reuters ketika diminta mengulas mengenai laporan media itu.

Jurucakap Hacienda, David Leibowitz, berkata pusat penjagaan itu menyedari berlakunya satu insiden membabitkan salah seorang penghuninya.

Namun, beliau enggan mengulas sama ada kakitangannya diarah untuk menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti suspek, atau sekiranya pusat penjagaan sudah mengambil langkah sewajarnya bagi mengelak kejadian itu daripada berulang lagi.

“Walaupun undang-undang hak peribadi persekutuan dan negeri menghalang kami daripada membincangkan hal ehwal kesihatan pesakit secara terbuka atau mana-mana kes, Hacienda akan serta sentiasa memberi kerjasama penuh dengan penguatkuasa undang-undang, selain agensi kawal selia terbabit berhubung perkara ini,” kata Leibowitz menerusi e-mel.

Sementara itu, peguam mangsa, Tasha Menaker, berkata pihak polis sepatutnya mengadakan ujian DNA ke atas semua kakitangan lelaki di Hacienda. hmetro.com

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2F9jlvF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.