Hi! Welcome Back and Stay Tune! Oppo F9 Dengan Pilihan Warna “Jade Green” Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Oppo F9 Dengan Pilihan Warna “Jade Green” Akan Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Oppo Malaysia mempunyai beberapa penawaran telefon pintar dibawah mereka, dan salah satunya adalah Oppo F9. Ia merupakan salah satu telefon pintar terawal Oppo yang hadir dengan rekaan takuk kecil, selain turut menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC. Ia telah sedia ditawarkan sejak tahun lepas, dan terkini Oppo Malaysia mengatakan mereka kelak akan turut menawarkan Oppo F9 dalam pilihan warna hijau atau apa yang dipanggil mereka “Jade Green“.

Oppo F9 Jade Green

Buat masa ini, tarikh penawarannya masih tidak diketahui lagi. Berkemungkinan ia ditawarkan selari dengan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Oppo F9 hadir dengan skrin 6.3inci FHD+ AMOLED, dijana cip MediaTek Helio P60, memori 6GB RAM, dan storan 64GB. Ia menggunakan dwi-kamera belakang gabungan 16MP + 2MP, selain kamera hadapan 25-megapixel. Melengkapkannya juga adalah bateri 3500mAh. Di Malaysia, telefon pintar ini ditawarkan pada harga RM1399.

Baca : Ulasan Oppo F9



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2BZOPR4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.