Xiaomi Mi Power Bank 3 Hadir Dengan Kebolehan Mengecas Komputer Riba
Xiaomi sedia dikenali dengan penawaran powerbank pada harga yang sangat mampu-milik berbanding beberapa jenama lain di pasaran. Terkini, terus hadir dengan variasi powerbank baru, pihak Xiaomi telah pun memperkenalkan Mi Power Bank 3 secara rasminya.
Xiaomi Mi Power Bank hadir dengan kapasiti simpanan sebesar 20,000mAh. Menariknya mengenai powerbank ini adalah ia hadir dengan sokongan pengecasan USB-C 45W dua-hala, sekaligus menawarkan sokongan pengecasan dengan lebih pantas.
Dengan sokongan pengecasan pantas ini juga, ia sekaligus boleh digunakan bukan sahaja untuk mengecas telefon pintar dan tablet, tetapi juga komputer riba pada masa kini yang menggunakan sokongan pengecasan berasaskan USB-C – seperti Macbook dan sebagainya.
Buat masa ini, Mi Power Bank 3 hanya ditawarkan di China sahaja, pada harga 199 Yuan iaitu sekitar RM119. Mungkin kita akan melihat ia dibawa masuk ke pasaran tempatan dalam beberapa bulan lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Fdq5Im
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment