Android Q Membenarkan Pengguna Mengubah Jenis Jam Pada Skrin Kunci
Android Q adalah versi Android yang kesepuluh. Walaupun kami sudah senaraikan beberapa perubahan yang terdapat pada Android Q, Google masih menyembunyikan banyak fungsi lain. Ini mungkin, fungs-fungsi ini adalah tidak stabil – Android Q masih lagi dalam versi beta pertama.
Fungsi menarik kali ini ditemui oleh pasukan XDA. Ia adalah kebolehan mengubah jenis jam pada skrin kunci peranti. Kebiasaannya, dalam Android asli pada Pixel – jam pada skrin kunci tidak boleh diubah. Ia hanya boleh diubah jika menggunakan pelancar pihak ketiga atau custom ROM. Dalam Android Q terdapat tiga pilihan jam baru; jam dalam bentuk teks, jam bubble dan jam stretch.
Bagi pengguna yang ingin menukar jam ini, syarat pertama adalah menggunakan peranti Pixel, kedua adalah menjalankan Android Q beta pertama, ketiga mempunyai PC dengan driver ADB terpasang, keempat adalah kemampuan asas sideload melalui command adb. Berikut adalah kod yang perlu dimasukkan dalam command adb;
Jam Bubble
adb shell settings put secure lock_screen_custom_clock_face “com.android.keyguard.clock.BubbleClockController”
Jam Stretch
adb shell settings put secure lock_screen_custom_clock_face “com.android.keyguard.clock.StretchAnalogClockController”
Jam Teks
adb shell settings put secure lock_screen_custom_clock_face “com.android.keyguard.clock.TypeClockController”
Jam asal
adb shell settings delete secure lock_screen_custom_clock_face
Buat masa ini, ada kemungkinan besar fungsi ini hanya ujian awal. Itu kerana ia tersembunyi. Kelak jika Andorid Q sudah stabil, ia mungkin akan diimplementasikan terus di dalam tetapan pelancar atau tetapan kunci skrin.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CnIRdP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment