(Konsep) Imej Pengolokan 3D Realistik Pixel 4 Diperlihatkan
Ingat lagi rekaan konsep Pixel 3 yang direka oleh @PhoneDesigner? Asalnya ia adalah rekaan 3D realistik berdasarkan ura-ura, lakaran tertiris dan juga dari maklumat lain yang tertiris. Apabila Pixel 3 dilancarkan, rekaan peranti ini hampir sama dengan rekaan 3D pereka ini.
#Pixel4 and #Pixel4XL – Part1
(based on current rumors) pic.twitter.com/NuYSGBxQ2v— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 15, 2019
Kali ini, @PhoneDesigner hadir dengan rekaan 3D realistik buat Pixel 4 yang tertiris. Secara keseluruhan, ia kelihatan mirip Pixel 3 – tetapi dengan skrin berlubang untuk kamera swafoto. Dari segi bingkai pula, ia kelihatan seakan iPhone XR atau Samsung Galaxy S10e yang nipis dan nampak sekata disekeliling.
#Pixel4 and #Pixel4XL – Part2
(based on current rumors) pic.twitter.com/74Bl4hhctr— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 15, 2019
Panel belakang tampak sama lagi dengan Pixel 3, tetapi pengimbas cap jari dibuang. Ini mungkin kerana trend pengimbas cap jari bawah skrin. Untuk kamera, pereka berimaginasi yang Google akan gunakan dwi-kamera dan tidak lagi satu kamera.
And cleaner picture of the #Pixel4XL pic.twitter.com/Pjs8zouEOO
— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 15, 2019
Kita hanya akan ketahui rekaan sebenar Pixel 4 sewaktu ia dilancarkan di masa akan datang. Masih awal lagi untuk kita nantikan Pixel 4. Pixel 3 masih lagi baru di pasaran dan tidak sampai setengah tahun lagi, apa-apa pun rekaan ini tampak menarik – kerana tiada takuk hodoh dan bingkai tebal dan besar.
Everything is white and grey. But I'm going to try new color variants – any suggestions? (carbon, matt black, ferrari red, chrome, …) #Pixel4 #teampixel pic.twitter.com/RFoeBalYe1
— Phone Designer (@PhoneDesigner) March 16, 2019
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fa4s9W
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment