Spesifikasi Ikon Aplikasi Dalam Play Store Diubah – Tiada Lagi Latar Belakang Lutsinar
Sejak Google I/O tahun lepas, Google telah memulakan rekaan Material Design baharu buat aplikasi dan perkhidmatan mereka. Rekaan baru ini turut memperkenalkan font Google Sans. Jika anda perasan, walaupun anda tidak mengemaskini sesuatu aplikasi – antaramuka aplikasi-aplikasi Google ada yang berubah secara tib-tiba, seperti Google Play Store. Antaramuka ini diubah melalui bahagian pelayan.
Melalui rekaan Material Design baharu ini, Google dilihat ingin menyelarikan semua aplikasi dan perkhidmatan mereka dalam satu format. Terkini, spesifikasi ikon aplikasi yang ingin diterbit dalam Google Play Store telah diubah. Jika sebelum ini, dalam Play Store anda akan lihat – ikon-ikon aplikasi mempunyai latar belakang lutsinar atau rekaan logo itu tersendiri. Spesifikasi baru ini tidak lagi membenarkan pembangun menggunakan latar belakang lutsinar, tetapi ikon mereka kini perlu diletakkan dalam satu ‘kotak’.
Ini adalah sama seperti Nova Launcher, di mana saiz ikon-ikon atau mana-mana ikon pada laman utama peranti atau talam aplikasi adalah selari. Google mengikut konsep ini dan mengimplementasikan dalam Google Play Store. Kelak, paparan Google Play Store akan lebih kemas dan berwarna-warni.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HAwj6c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment