Apple Menjawab Tuduhan Mereka Tidak Berlaku Adil Kepada Spotify
Awal minggu ini Spotify memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Eropah (EC) yang mendakwa Apple tidak adil kepada pesaing mereka di dalam dunia penstriman muzik. Antara dakwaan mereka ialah bayaran 30% yang dikenakan oleh Apple apabila langganan dilakukan membuatkan harga produk mereka lebih mahal berbanding Apple Music. Apple juga dikatakan menghalang akses integrasi Spotify pada Apple Watch dan HomePod.
Apple semalam mengeluarkan jawapan rasmi kepada kesemua tuduhan Spotify, Menurut mereka bayaran 30% yang dipanggil sebagai “cukai Apple” adalah adil kerana Apple mengelolakan App Store untuk semua pengguna dengan percuma. Menurut Apple lagi majoriti pelanggan Spotify di iOS adalah pengguna percuma dengan aplikasi disokong oleh iklan. Keuntungan ini diambil sepenuhnya oleh Spotify tanpa Apple mengambil sebarang peratusan. Kejayaan Spotify menurut Apple lagi tidak akan berlaku tanpa ekosistem App Store. Oleh itu keengganan mereka dikenakan bayaran 30% walaupun menggunakan platform Apple dilihat sebagai tidak adil.
Mengenai halangan integrasi ke ekosistem pula, Apple sudah beberapa kali berhubung dengan Spotify. Mereka sedia memberikan bantuan jika Spotify ingin diintegrasikan ke dalam sistem Siri dan CarPlay 2. Tuduhan aplikasi dihalang juga dikatakan tidak berasas kerana aplikasi Spotify kini di tangga teratas untuk kategori muzik Apple Watch pada waktu ini.
Akhir sekali Apple kini mengatakan Spotify sendiri tidak adil kepada ahli muzik kerana menyaman mereka selepas diminta menaikkan bayaran royalti oleh US Copyright Royalty Board. Sungguhpun terdapat persaingan di antara Spotify dan Apple Music, Apple berharap mereka akan terus berjaya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TGW8c5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment