Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemalam Windows Defender Application Guard Ditawarkan Untuk Chrome Dan Firefox - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemalam Windows Defender Application Guard Ditawarkan Untuk Chrome Dan Firefox

Microsoft nampaknya giat memperluaskan beberapa perkhidmatan mereka ke sejumlah platform yang berbeza. Ia berikutan daripada bilangan pengguna yang lebih besar pada platform alternatif, berbanding platform yang disediakan oleh Microsoft sendiri. Pada hari ini, salah satu pemalam yang dikhaskan untuk pelayar Microsoft Edge kini telah diperluaskan ke pelayar Google Chrome dan Firefox – melalui pemalam Windows Defender Application Guard.

Pemalam ini membolehkan komputer perusahaan dilindungi daripada serangan pihak ketiga. Apabila pengguna menekan sesuatu URL yang tidak disertakan oleh pengendali komputer (administrator), ia akan dibuka di dalam bekas maya (virtual container) bagi mengelakkan ia menceroboh sistem komputer tersebut.

Melalui tindakan ini, ia sekaligus menghalang kemasukan beberapa perkara, seperti ancaman perisian hasad yang dapat mengawal sejumlah aktiviti di dalam komputer pengguna.

Walaupun pemalam ini direka untuk Chrome dan Firefox, ia masih memerlukan Microsoft Edge dipasang pada komputer. Ia diperlukan kerana URL yang tidak sertakan oleh pengendali komputer sebenarnya dibuka dalam sesi pelayar khas daripada Microsoft Edge. Hanya URL yang disertakan dalam senarai sahaja akan dibuka pada pelayar web asal.

Fungsi ini telah sedia diuji untuk pengguna Windows 10 Insider Preview yang menjalankan binaan 1803. Bagi pengguna yang menjalankan Windows 10 Preview ini, anda boleh mendapatkan pemalam untuk Chrome atau Firefox, dan memasangnya bersama aplikasi companion daripada halaman Microsoft Store.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Hoqw4f

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.