Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Membatalkan Apple AirPower – Mengatakan Gagal Mencapai Kualiti Piawaian Yang Ditetapkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Membatalkan Apple AirPower – Mengatakan Gagal Mencapai Kualiti Piawaian Yang Ditetapkan

Apple AirPower merupakan salah satu produk pengecasan nirwayar multi-peranti yang telah dipertontonkan oleh Apple pada 2017 lepas. Walaubagaimanapun, ia telah ditangguhkan pelancarannya beberapa kali, dan hari ini, Apple mengatakan yang mana mereka telah membatalkan produk AirPower berkenaan.

Apple mengatakan ia dibatalkan kerana mereka gagal mencapai kualiti piawaian tinggi yang ditetapkan, sekaligus membatalkan projek berkenaan.

Apple turut menambah mengatakan mereka meminta maaf kepada para pelanggan yang menantikan produk berkenaan. Walaubagaimanapun, Apple turut menekankan kepada penggunaan nirwayar, dan komited dalam meneruskan fokus terhadap arena nirwayar berkenaan.

Sebelum ini, terdapat desas-desus mengatakan Apple menghadapi cabaran dalam pembangunannya – dan salah satunya adalah ia menjadi terlebih panas, selain beberapa masalah lain.

Dengan pembatalan projek ini, sama-sama kita nantikan apakah produk pengecasan nirwayar seterusnya yang bakal dibawakan oleh Apple untuk para peminat mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2YAzVuX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.