Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Galaxy S10 – Peranti Berkuasa Untuk Semua Keperluan Permainan Anda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Galaxy S10 – Peranti Berkuasa Untuk Semua Keperluan Permainan Anda

Pada hari ini, ramai pengguna yang sering mencari peranti yang melengkapkan keperluan sokongan kamera yang baik, dan pada masa yang sama turut menawarkan sokongan prestasi pemprosesan berkuasa dalam memenuhi permintaan permua (permainan mudah-alih). Bercakap mengenai fokus terhadap kedua-dua ciri ini, salah satu telefon pintar yang berkuasa dan dioptimasikan untuk permainan video.

Samsung Galaxy Unpacked

Pelbagai permainan boleh dijalankan dengan lancar pada Galaxy S10 – melalui cip pemprosesan Exynos terbaru yang berkuasa, selain penawaran bateri berkuasa untuk penggunaan jangka masa yang lama. Permainan seperti Fortnite, PUBG dan sebagainya dapat dimainkan tanpa masalah melaluinya. Samsung mengatakan cip ini menawarkan prestasi CPU lebih 29% pantas, selain GPU lebih 37% pantas berbanding generasi sebelum ini.

Menariknya juga, Samsung turut mengumumkan kerjasama dengan pihak Unity khusus untuk Galaxy S10. Unity merupakan salah satu enjin permainan yang digunakan ramai pembangun, dan dengan pengoptimasian khusus, permainan menggunakan enjin Unity dapat berjalan dengan lebih lancar pada peranti siri Galaxy S10 berbanding pelbagai peranti mudah-alih lain di pasaran.

Selain daripada sokongan cip berkuasa, Samsung turut melengkapkan sejumlah ciri-ciri khusus yang menjadikan peranti ini lebih menarik untuk permua. Salah satunya adalah sokongan integrasi penyejukan pantas berasaskan Vapor Chamber pada Galaxy S10 Plus. Dengan penawaran ini, ia membolehkan peranti anda dapat menawarkan prestasi menyeluruh untuk jangka masa panjang.

Siri Galaxy S10 juga turut menawarkan pilihan storan sehingga 1TB – sekaligus memudahkan anda memuat-turun pelbagai permainan untuk disimpan, tanpa risau kehabisan storan. Melengkapkannya juga adalah memori sehingga 12GB RAM yang menjadikan anda berupaya memainkan pelbagai permainan dengan lancar, selain turut menyokong multi-tugasan dengan pantas.

Samsung Galaxy S10

Dengan pelbagai penawaran menarik ini, ia sekaligus menjadikan Galaxy S10 antara peranti menarik untuk mereka yang meminati permainan video pada peranti mudah-alih. Anda boleh membeli peranti berkenaan, dan menggunakan ia untuk tempoh jangka masa panjang – memandangkan penawaran storan besar, memori sehingga 12GB RAM, selain cip pemprosesan terkini.

Di Malaysia, Samsung Galaxy S10 ditawarkan dalam tiga variasi, termasuk Galaxy S10E, Galaxy S10 dan Galaxy S10 Plus. Ia boleh didapati pada harga bermula RM2699 hari ini.

Ini adalah advertorial daripada pihak Samsung Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UZxuA0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.