Hi! Welcome Back and Stay Tune! EH EH BAZAAR UNTUK PENIAGA ONLINE PASARKAN PRODUK - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

EH EH BAZAAR UNTUK PENIAGA ONLINE PASARKAN PRODUK

EH EH BAZAAR UNTUK PENIAGA ONLINE PASARKAN PRODUK. Perkataan Bazar ni memang amat membuatkan rakyat malaysia teruja. Bukan apa.. Bila dah di panggil bazaar maka terbayang bermacam aneka barangan, makanan & macam macam ada di sana. Terutama yang kaki membeli belah la kan. Yang pasti kaum wanita & kaum ibu ni paling teruja dengan perkara perkara macam ni. Kaum lelaki & ayah ni normally sebagai eskot & tukang bayar je. hahahaha. Ok la tu.. Itulah di namakan hidup ni saling melengkapi kan?


Trend sekarang ni ramai orang memilih untuk memasarkan produk mereka secara online tapi kita tak boleh nafikan keberkesanan pemasaran secara fizikal atau offline ni masih relevan & menjadi pilihan ramai. Ada orang lebih suka 'cash & carry'. Dia boleh tengok, pegang & belek sesuatu barang dia nak beli. Maka terciptalah satu festival aktiviti berjual beli untuk pengusaha online memasarkan barangan atau produk mereka secara realiti di Eh Eh Bazaar. Cute pulak nama bazar ni kan? Dia macam mengambarkan bila kita tengok sesuatu yang menarik.. eh.. eh.. bazar la. Jom pergi. Gitu tema dia!

En Eh Bazaar ni di anjurkan sejak 2013 lagi di mana di adakan setiap hujung minggu. Pada tahun ni penganjur merancang untuk mengadakan festival hari raya secara besar besaran yang di namakan sebagai Mega Raya Eid 2019 di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC). Dengar Mega Raya ni.. mesti ramai teruja kan? Peluang peluang macam ni la selalunya orang ambil untuk membeli persiapan raya.

Sememangnya Eh Eh Bazaar ni dah berpengalaman menganjurkan lebih dari 50 Bazar yang di sertai antara 2,500 hingga 3,000 usahawan online termasuk kejayaan mereka di Festival Raya 2015 yang di adakan di PICC.

Untuk Tahun ni Bazar Hari Raya bakal di adakan pada 25 - 26 Mei bertempat di Perdana Hall, PICC yang membawa tema pusat jualan raya bagi seisi keluarga dengan pelbagai jenama yang di sediakan oleh 200 peniaga bagi memberi kemudahan kepada pengunjung untuk membuat pilihan membeli kelengkapan raya. Ia tidak tertumpu kepada pakaian muslimah sahaja tapi juga menyediakan kelengkapan kaum bapa dan anak-anak. Jadi dengan berkunjung ke Bazar ni dah tak perlu ke tempat lain untuk membeli persiapan raya bagi seisi keluarga. Jimat masa, kos & tenaga. Sesuai la dengan konsep yang di pilih tahun ni iatu Festival Famili Raya Terbesar!

Selain menyediakan kelengkapan raya untuk Ayah, ibu & anak anak ia juga bertujuan mengalakkan aktiviti keusahawanan dengan menawarkan lebih dari 200 peniaga di bawah satu bumbung. Jadi selain pengunjung dapat membeli belah ia juga menyediakan platform kepada peniaga online yang tak ada premis perniagaan untuk memasarkan produk mereka secara realiti. Masing masing dapat manafaat dengan penganjuran bazar macam ni.


Eh eh bazaar ni di anjurkan dengan kerjasama Strategik PKNS Bizpoint sekaligus untuk mengalakkan usahawan di bawah PKNS Bizpoint juga ahli Bizclub untuk sama sama menyertai jualan raya di tempat yang bertaraf antarabangsa.


Bagi ahli Bizclub mereka juga mendapat bantuan subsidi untuk memastikan mereka dapat mengandakan keuntungan dari penjualan dan mengurangkan kos gerai sebanyak 40%.

Harga untuk menyewa kedai di Eh Eh Bazaar Mega Raya Eid 2019 serendah RM1,300 untuk usahawan mengambil peluang selama 2 hari mempromosi & menjual produk & barangan mereka. Semua kelengkapan & kemudahan di sediakan pihak penganjur. Tempat berhawa dingin (aircon), lokasi yang strategik & sangat gah yang bertaraf dunia, tempat meletak kenderaan secara percuma, kerusi meja di sediakan rasanya harga sewa tu sangat berbaloi. Jadi pada peniaga @ pengusaha online ini adalah peluang & pelaburan terbaik anda untuk memasarkan produk anda lebih jauh.


Untuk keterangan lanjut atau menempah gerai Boleh hubungi:

 ☏ Tel Number : 011-11407854 
EEB HOLDINGS SDN BHD 1085223-U
(FORMERLY KNOWN AS EH EH BAZAAR SDN. BHD.)

No. 6-1, Jalan Putra 6,
Putra Kajang Commercial Centre,
Taman Putra Kajang,
43000 Selangor Darul Ehsan

☛Facebook/Instagram/Twitter:  @ehehbazaar 

Yang pasti penganjuran Mega raya Eid 2019 bakal menjadi satu acara festival raya yang terbesar di Putrajaya. Selain tu banyak aktiviti bakal di adakan yang menawarkan pelbagai hadiah yang menarik. 

Bukan tu jer ok.. ada beberapa pertandingan pra mega raya Eid akan berlangsung di Facebook Eh Eh Bazaar yang menawarkan hadiah utamanya Duit raya. Duit raya ok! di ulang DUIT!! Sapa tak nak duit kan.. Allahu tak sabar pulak nak tunggu Mega Raya Eid ni berlangsung. 

Jadi jangan lepaskan peluang tak kira kepada peniaga atau pengusaha online mahupun orang awam terutama mereka yang tinggal di sekitar putrajaya. Yang luar putrajaya pun boleh datang ok! Bukan hari hari pun di adakan festival macam ni jadi tak salah ambil peluang ni.


✍ Sumber Pautan : ☕ LEKAT LEKIT STORY

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2HO9NYs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.