Samsung Galaxy S10 5G Akan Dijual Di Korea Selatan Pada Harga Bermula RM4992
Jualan Samsung Galaxy S10 dilaporkan agak rendah di Korea Selatan. Ini adalah kerana pengguna di negara K-Pop ini menantikan versi 5G untuk ditawarkan memandangkan negara ini adalah yang terawal mempunyai rangkaian 5G. Samsung Galaxy S10 5G dijual pada harga KRW 1,390,000 (~RM 4992) untuk versi storan 256GB dan KRW 1,550,000 (~RM 5567) untuk versi storan 512GB.
Ini adalah harga yang lebih murah berbanding Samsung Galaxy S10+ dengan 12GB RAM dan 1TB storan yang ditawarkan di Malaysia. Selain sokongan 5G, dua model yang ditawarkan di Korea Selatan ini dilengkapi skrin lebih besar 6.7″ Dynamic AMOLED QHD+, hanya hadir dengan memori sebesar 8GB, tiada slot untuk kad mikroSD dan mempunyai konfigurasi catur-kamera 12+12+16+TOF Megapixel pada bahagian belakang. Pengguna di Korea Selatan boleh membeli Samsung Galaxy S10 5G bermula 5 April kelak.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CKoM1n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment