Hi! Welcome Back and Stay Tune! Komputer Gaming ASUS ROG STRIX GL12CX Dan STRIX 10CS Juga Tiba – Bermula Pada Harga RM2699 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Komputer Gaming ASUS ROG STRIX GL12CX Dan STRIX 10CS Juga Tiba – Bermula Pada Harga RM2699

Selain daripada pengumuman mengenai kehadiran komputer riba ASUS ROG Zephyrus S GX701 hari ini, ASUS Malaysia turut mengumumkan ketibaan dua komputer desktop gaming dibawah jenama ASUS ROG STRIX yang dinamakan ASUS ROG STRIX GL12CX dan juga ASUS ROG STRIX GL10CS.

Komputer desktop yang pertama, iaitu ASUS ROG STRIX GL12CX dilengkapi pilihan CPU Intel Core i7-9700K ataupun Intel Core i9-9900K, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD sebesar 512GB dan cakera keras sebesar 1TB.

Dari segi kad grafik pula, ia dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2070 ataupun NVIDIA GeForce RTX 2080.

Rekaan rangka komputer STRIX GL12CX tersebut boleh dilihat agak agresif, dan mempunyai tetingkap di bahagian tepi yang menunjukkan komponen-komponen yang hadir di bahagian dalamnya.

Dalam pada itu, ia juga mempunyai talam storan cakera keras/SSD yang boleh dikeluarkan dari bahagian hadapan untuk memudahkan pengguna berkongsi fail-fail bersaiz besar. Selain dari itu, CPU Intel Core i9 komputer ini disejukkan menggunakan sebuah penyejuk cecair khas yang direka dengan kerjasama bersama-sama dengan Cooler Master.

Bagi mereka yang inginkan sebuah komputer gaming yang lebih mampu milik, ASUS turut hadir dengan komputer desktop ASUS ROG STRIX GL10CS.

Untuk komputer ini, ia mempunyai pilihan CPU Intel Core i5-8400 ataupun Intel Core i7-8700, memori DDR4 sebanyak 4GB ataupun 8GB, dan storan SSD PCIe 128GB dan cakera keras sebesar 1TB.

Dari segi pilihan kad grafik pula, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan model dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 ataupun NVIDIA GeForce GTX 1060 6G.

Sama seperti ASUS ROG Zephyrus S GX701, kedua-dua desktop ini juga sudahpun tiba di pasaran, dan boleh dibeli pada harga-harga berikut:

  • ASUS ROG STRIX CL12CX (Intel Core i7-9700K, NVIDIA RTX 2070) – RM9999
  • ASUS ROG STRIX CL12CX (Intel Core i7-9700K, NVIDIA RTX 2080) – RM12,999
  • ASUS ROG STRIX CL12CX (Intel Core i9-9900K, NVIDIA RTX 2080) – RM14,999
  • ASUS ROG STRIX CL10CS (Intel Core i5-8400, NVIDIA GTX 1050) – RM2699
  • ASUS ROG STRIX CL10CS (Intel Core i5-8400, NVIDIA GTX 1060) – RM4499
  • ASUS ROG STRIX CL10CS (Intel Core i7-8700, NVIDIA GTX 1060) – RM5499


✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TGWien

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.