Bagaimana Mengaktifkan Semula Mod Tema Gelap Lama Aplikasi Twitter Di iOS
Twitter memperkenalkan fungsi Lights Out yang merupakan mod malam sebenar pada peranti iOS hari ini. Dari apa yang kami lihat di susur masa, ada sebilangan pengguna yang kurang menggemari mod latar hitam legap Lights Out. Kami akui antara golongan minoriti yang lebih menggemari latar belakang biru gelap yang digunakan sebelum ini. Jika anda merindui tema gelap lama ini, anda masih boleh mengaktifkannya semula dengan mudah.
Pergi ke pilihan Settings and Privacy aplikasi Twitter. Tekan ikon Twitter yang terletak pada bucu atas kiri dalam aplikasi untuk mendapatkan skrin tetapan ini. Kemudian di bawah General, pilih pula Display and Sound. Anda dapat melihat pilihan Lights Out dan Dim. Untuk paparan latar belakang biru gelap pilih Dim. Latar belakang mod malam “klasik” yang kini diaktifkan semula. Selamat mencuba. Kami yakin apabila aplikasi Android menerima Lights Out kelak, pilihan ini juga akan diberikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FAwBaE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment