Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Hadir Dengan Tributes – Bahagian Khas Untuk Memperingati Si Arwah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Hadir Dengan Tributes – Bahagian Khas Untuk Memperingati Si Arwah

Tidak lama dahulu, Facebook mengumumkan sebuah ciri dimana para penggunanya boleh melantik salah seorang daripada rakan atau ahli keluarga untuk menjaga akaun mereka selepas mereka meninggal dunia.

Terkini, Facebook nampaknya hadir dengan sebuah lagi ciri baru untuk akaun arwah yang dinamakan Tributes. Ciri Tributes ini sedikit berbeza daripada susur masa pengguna dimana semua mesej yang dipos pada akaun si arwah selepas ia diabdikan (memorialized) akan diposkan pada bahagian Tributes tersebut, dan bukan pada bahagian susur masa utama.

Ini kemungkinan adalah kerana Facebook ingin memastikan bahawa susur masa pengguna arwah kekal seperti mana yang ditinggalkannya, dan semua mesej yang dihantar untuk memperingati arwah boleh ditinggalkan pada sebuah bahagian yang lebih sesuai dan bertepatan.

Para pengguna yang menjadi penjaga kepada akaun yang diabdikan dikatakan baru-baru ini menerima pengumuman daripada Facebook akan ciri Tributes ini, yang juga membolehkan pengguna untuk memperingati hari jadi, berkongsi Memories dan sebagainya.

Dalam pada itu, penjaga akaun yang diabdikan masih tidak boleh membaca mesej Facebook si arwah, ataupun menambah kawan baru di akaun yang diabdikan tersebut.

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai Tributes di sini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NMfBBW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.