Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kajian Terkini Mengesahkan Vaksin MMR Tidak Menyebabkan Autisme - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kajian Terkini Mengesahkan Vaksin MMR Tidak Menyebabkan Autisme

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia kini sedang melakukan kempen kesedaran kepentingan mendapatkan vaksinasi di kalangan kanak-kanak. Tahun ini sudah dilaporkan kes kematian akibat Difteria kerana kanak-kanak tidak divaksinasi dan ini menyedihkan kerana ia adalah penyakit dengan mudah boleh ditentang. Antara alasan yang digunakan ialah vaksinasi mengakibatkan austisme.

Kajian terkini yang dilakukan di Denmark sekali lagi membuktikan tiada kaitan di antara vaksin MMR (measles, mumps dan rubella) dan autisme di kalangan penerima suntikan. Kajian yang dimulakan dari tahun 1999 ini melibatkan 657 461 kanak-kanak yang dilahirkan di Denmark. Penyelidik mengikuti perkembangan pembesaran mereka sehingga 31 Ogos 2013.

Sebanyak 6517 kanak-kanak dari sampel di atas didapati menghidap autisme. Malahan risiko kanak-kanak yang menerima vaksin MMR menghidap autisme ialah 0.85 berbanding 1.02 pada kanak-kanak yang tidak menerima suntikan MMR. Dengan kata lain suntikan vaksin MMR tidak meningkatkan risiko berlakunya autisme pada kanak-kanak.

Teori vaksin MMR menyebabkan austime bermula pada tahun 1998 oleh Andrew Wakefield menerusi kertas kajian yang dihasilkan oleh beliau. Wakefield kemudian didapati bersalah menukar data dan memalsukan laporan kajian beliau untuk membuktikan vaksin MMR menyebabkan autisme. Sungguhpun begitu kajian beliau masih lagi dijadikan “bukti” oleh golongan anti-vax untuk mendedahkan anak mereka kepada pelbagai penyakit berbahaya.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NIcIlF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.