Pernah Rasa Kerabu Sardin? Menu Terlajak Mudah Ni Memang Sedap
Sardin adalah makanan dalam tin yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Mudah, enak dan senang dibawa kemana-mana. Biasanya selain dimakan begitu sahaja, sardin juga dimasak sambal, masak lemak cili padi, kari dan bermacam-macam lagi. Tapi pernah anda cuba Kerabu Sardin? Ha…mesti tak pernah kan? Admin pun baru pertama kali jumpa resipi ni. Nampak sedap. Jom cuba resipi perkongsian saudari Hunny Wanny.
KERABU SARDIN
BAHAN-BAHAN
- Sardin tin | isi dan kuah diasingkan
- Bawang besar | dihiris
- Cili padi | dihiris
- Cili besar | dihiris
- Tomato | dihiris
- Asam keping
- Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT:
- Carik kasar isi ikan sardin dan gaulkan dengan semua bahan diatas.
- Tambah sedikit kuah sardin. Gaul rata.
- Kalau nak masak dulu sardin tu pun ok. Ikut citarasa. ( empunya resipi masak dulu sardin sekejap).
- Sedia untuk dinikmati.
*Jika suka, boleh tambah hirisan ulam raja, bunga kantan, daun selom atau ulam-ulam yang lain.
Info : Asam keping boleh digantikan dengan perahan jus limau lipis. Jumlahnya ikut tahap kemasaman yang anda suka.
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UkFc7t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment