Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hyundai Memperlihatkan Kunci Kereta Digital Menggunakan Telefon Pintar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hyundai Memperlihatkan Kunci Kereta Digital Menggunakan Telefon Pintar

Sejak tiga tahun kebelakangan ini kami menantikan kunci kereta digantikan dengan telefon pintar. Peranti pintar sebagai kunci telah wujud sekian lama malahan kami gunakan di pejabat untuk membuka pintu. Selepas kali pertama menunjukkan minat menggunakan sistem NFC sebagai pengganti kunci kereta pada tahun 2012, Hyundai akhirnya memperlihatkan sistem Digital Key mereka.

Digital Key ialah aplikasi yang membolehkan telefon pintar menggantikan kunci kereta dengan teknologi NFC. Selepas pintu dibuka, pengguna hanya perlu meletakkan telefon pintar pada dermaga pengecas nirwayar dan menekan butang menghidupkan enjin. Sebanyak empat Digital Key boleh dikongsi untuk sebuah kereta. Setiap tetapan peribadi seperti posisi kerusi, ketinggian stereng, cermin sisi, sistem audio video dan suhu pendingin hawa berubah secara automatik mengikut pengguna berbeza.

Kereta pertama yang akan menggunakan Digital Key ialah Hyundai Sonata 2020 yang akan diperlihatkan di New York International Auto Show pada April hadapan. Dengan penggunaan kunci digital ini, masalah kunci tertinggi atau anak terkunci di dalam kereta dapat diselesaikan sekiranya anda mempunyai telefon pintar.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TeGg02

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.