Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saya Tidak Halalkan Ilmu Yang Saya Ajar. Pernah Dengar Cikgu Anda Cakap Begini? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saya Tidak Halalkan Ilmu Yang Saya Ajar. Pernah Dengar Cikgu Anda Cakap Begini?

Semasa saya scroll Facebook tempoh hari ternampak pula pada status seorang kenalan Facebook yang mungkin kerjanya pada waktu sekarng ialah sebagai guru. Mungkin sesuatu yang berkaitan dengan perguruan lah agaknya tapi intipati daripada status tersebut ialah niat beliau yang tak menghalalkan ilmu yang dia ajar kepada murid-murid beliau. Bila terbaca sahaja status tu, tiba-tiba saya terasa seperti berada dalam mesin masa, kembali ke zaman 2002-2006 yakni zaman persekolahan di Kuala Selangor dulu.

Pertengahan tahun 2005, ketika tu saya masih di tingkatan 4. Para pelajar dan guru sedang menghadiri perhimpunan mingguan sekolah yang sebenarnya boleh diringkaskan tapi sengaja dipanjangkan. Entah apa sebabnya, saya tak ingat, cikgu yang berada di atas pentas tiba-tiba mengeluarkan kata-kata hikmat: “SAYA TAK HALALKAN ILMU SAYA KEPADA AWAK!”

…dengan harapan bahawa kami pada ketika itu sebagai anak murid akan berasa takut dan lebih hormat lagi kepada mereka. Benar, pelajar yang sedang bersembang terus menjadi senyap, yang berjalan akan terhenti, dan yang sedang membaca buku akan menutup bukunya. Pendek kata, rata-rata akan memberikan tumpuan kepada kuasa besar di atas pentas, terkejut, dan tak kurang juga yang terkilan.

Soalan saya yang kekal sampai dulu ke sekarang untuk guru-guru jenis begini ialah:

  • Apakah kuasa cikgu untuk mengharamkan ilmu tu? Cikgu kan dapat gaji daripada mendidik anak bangsa
  • Pernahkah cikgu memahami konsep ikhlas dalam mendidik?
  • Tahukah cikgu Etika Profession Perguruan: Tanggungjawab Terhadap Pelajar?
  • Adakah cikgu mengharapkan hormat dan kasih sayang mutual dengan murid-murid melalui desakan dan ancaman?
  • Mahukah cikgu anak-anak murid cikgu meneruskan legasi mengaharamkan ilmu ini?

Setiap perkara perlu dilihat daripada pelbagai sudut. Mungkin ada yang menyokong tindakan mereka yang mengamalkan dakyah pengharaman ilmu ni tapi tak kurang juga yang tertanya-tanya kenapa ada yang mengamalkan perkara tersebut. Secara personal, saya rasakan perkara ini adalah tidak patut, tidak beretika, dan tidak menunjukkan contoh yang baik kepada murid-murid. Benar, saya belum berkesempatan merasakan apa yang cikgu-cikgu tersebut rasakan, tapi bukankah itu erti pengorbanan seorang guru?

Cikgu yang saya benar-benar hormat dahulu menjalinkan hubungan rapat dengan anak murid, rajin berlawak, tidak membebankan pelajar dengan masalah peribadi mereka, adil dalam perhubungan dengan pelajar, dan mengambil kira keupayaan pelajar dalam proses pembelajaran. Murid yang bagus pula ialah yang menjalankan tanggungjawab sebagai pelajar, menghormati guru, dan berusaha berterusan menjadi pelajar yang cemerlang….

We are not God. For every knowledge that we have, it is our job to convey and educate future generation Sekian.

Sumber: Asfan Ash


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UriF9b

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.