Hi! Welcome Back and Stay Tune! Volvo Mengehadkan Kelajuan Maksimum Kereta Keluaran Mereka Ke 180 km/j Tahun Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Volvo Mengehadkan Kelajuan Maksimum Kereta Keluaran Mereka Ke 180 km/j Tahun Hadapan

Memandu dengan laju adalah antara faktor tertinggi berlakunya kemalangan. Walaupun had kelajuan maksimum lebuhraya Malaysia ialah 110 km/j, ramai pengguna memandu dengan lebih laju kerana kenderaan yang dipandu berkuasa tinggi. Pada tahun 2020 kereta keluaran Volvo akan mempunyai halaju maksimum 180 km/j.

Ini dilakukan selepas kajian mendapati kelajuan tinggi adalah penyebab utama kematian. Pelbagai teknologi keselamatan yang digunapakai pada kereta Volvo tidak berguna apabila kenderaan dipandu terlalu laju. Volvo juga sedang mempertimbangkan sistem panduan pintar serta geopagar yang secara automatik mengehadkan kelajuan kenderaan apabila memasuki kawasan sekolah atau hospital.

Volvo ialah syarikat yang telah kama cakna mengenai keselamatan penumpang. Mereka yang pertama memasang tali pinggang keselamatan tiga titik pada tahun 1958 dan pada tahun 2016 melancarkan XC90 yang merupakan kereta kalis mati pertama mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GZ1DvZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.