Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Pixel 3a Dilaporkan Mungkin Akan Dijual Pada Harga RM2065 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Pixel 3a Dilaporkan Mungkin Akan Dijual Pada Harga RM2065

Laporan mengenai peranti kelas pertengahan Google sudah didengari sejak tahun lepas lagi. Selepas banyak informasi tertiris, ura-ura dan pelbagai lagi perkara kami laporkan – kini laporan baru telah tiba dan ia adalah mengenai variasi yang bakal ditawarkan.

Menurut sumber, nama peranti kelas pertengahan Google ini disahkan adalah; Pixel 3a dan Pixel 3a XL. Selain itu, untuk pasaran Eropah – sumber mengatakan ia akan hadir dalam variasi 64GB. Variasi 32GB mungkin akan ditawarkan tetapi terhad kepada negara terpilih sahaja. Untuk pilihan warna, hitam dan putih kekal – tetapi satu warna baru ditemui dalam dokumen sebagai ‘iris‘. ‘Iris’ kebiasaannya melambangkan gabungan warna biru dan violet. Mungkin Google akan mengikut cara pemasaran pengeluar China yang mempunyai pilihan warna cerun?

Spesifikasi buat masa ini dilihat sama seperti maklumat yang tertiris sebelum ini. Pixel 3a adalah Snapdragon 670 dan Pixel 3a XL mungkin dijana Snapdragon 710. Untuk harga, Pixel 3a dilaporkan akan dijual pada harga €450 – iaitu sekitar RM2065. Pixel 3a XL tiada lagi informasi harga, tetapi untuk versi XL kebiasaannya Google akan menjual lebih €100/$100 – jadi pada pendapat saya ia mungkin akan dijual pada harga €550 (~RM2523). Apa-apa pun, untuk informasi rasmi – sama-sama kita nantikan kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2UeHtEb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.