Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei MateBook 13 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei MateBook 13 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 2 April

Huawei pada sebelum ini telah memperkenalkan Huawei MateBook 13 iaitu sebuah ultrabook dengan rekabentuk nipis. Ia telah diperkenalkan untuk global pada acara MWC 2019, dengan penyertaan skrin bingkai nipis bersama cip Intel generasi ke-8. Berita baik bagi yang ingin mendapatkannya, Huawei MateBook 13 bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Huawei MateBook 13 menampilkan rekaan yang cukup menarik, melalui rekaan nipis dan tampilan binaan logam yang premium. Paparan 13-incinya hadir dengan resolusi 2K bersama 10 titik multi-sentuhan untuk kebolehan sesentuh. Ia juga hadir dengan nisbah 3:2, selain turut menyajikan nisbah binaan-ke-skrin setinggi 88% atas rekaan skrin bingkai nipis.

Huawei MateBook 13 menawarkan pilihan cip sehingga Intel Core i7-8565U bersama sokongan grafik NVIDIA GeForce MX150. Ia turut menawarkan memori 8GB RAM LPDDR3, storan 512GB NVMe PCIe, dan sokongan bateri sebesar 42 Wh. Apa yang menarik, ia boleh dicas secara pantas berasaskan pengecas 65W yang dihubungkan melalui sambungan USB-C.

Peranti ini juga menyajikan teknologi penyejukan Huawei Shark Fin Fans 2.0 dalam membolehkan anda melakukan kerja yang intensif pada peranti ini. Bersama-sama dengannya, Huawei turut melengkapkannya dengan fungsi imbasan jari dan Dolby Atmos untuk sokongan audio yang lebih imersif. Fungsi Huawei Share 3.0 turut disertakan di dalam peranti ini, yang membolehkan pengguna membuat pemindahan fail sebesar 1GB dalam masa 35 saat.

Komputer riba ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan bersama-sama pelancaran siri Huawei P30. Ia bakal mengambil tempat pada 2 April 2019 ini yang mana harganya juga bakal diketahui pada tarikh tersebut. Sebagai perbandingan, ia telah dijual di China bermula RMB5699 (~RM3452) untuk konfigurasi Intel Core i5, 8GB RAM, dan 256GB SSD.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Wv5uEK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.