Xiaomi Sekali Lagi Mengacah Telefon Pintar Boleh Lipat Mereka
Pada bulan Januari lalu, pengarah Xioami – Donovan Sung telah memperlihatkan rekaan telefon pintar boleh lipat mereka. Beliau turut memperlihatkan cara peranti itu boleh lipat. Peranti ini dikatakan akan dijual pada harga sekitar RM4000, sekali gus menjadi peranti boleh lipat paling murah berbanding pesaing lain.
#xiaomi
Xiaomi Mi Fold with double folding screen. pic.twitter.com/vvYaf6rLOL— Xiaomishka (@xiaomishka) March 27, 2019
Baru-baru ini, Xiaomi sekali lagi hadir dengan video memperlihatkan peranti boleh lipat mereka. Nampaknya, ia kekal sama dengan video yang sebelum ini. Ia mempunyai tiga bahagian; di mana dua sisi dilipat secara keluar. Ini bermakna, peranti ini akan mempunyai dua engsel.
Persoalannya, adakah ia akan meninggalkan kesan lipat yang jelas dan akan mengganggu pengalaman penggunaan? Apa-apa pun, dengan video terbaru ini – ini bermakna kehadiran peranti ini semakin dekat. Sama-sama kita nantikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2FFH99t
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment