Resepi Lasagna Mudah Guna Biskut Cracker Je Tapi Tetap Sedap
“Cuti-cuti sekolah ni macam-macam budak ni request nak makan. Kita pun dah kering idea nak masak apa…”
Biasalah rutin mak-mak waktu cuti ni asyik ke dapur je kerjanya. Sekejap-sekejap anak minta makan kan? Sesekali tu kalau nak cuba menu baru, bolehlah cuba buat lasagna simple yang dibuat dengan biskut cracker ni. Ada juga yang panggil resepi ni murtabak daging.
Tak kisahlah apa pun namanya, yang penting rasanya sedap sangat! Cara nak buat pun mudah. Jom kita tengok resepinya yang dikongsikan oleh Puan Farhanim Salleh di bawah.
RESEPI LASAGNA BISKUT CRACKER
BAHAN-BAHAN
Untuk perap inti:
- 1 tiub daging cincang
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 4 sudu serbuk kari
- Sedikit lada sulah
- Garam secukup rasa
- 1 biji bawang Holland (untuk menumis nanti)
Untuk dilapis
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan santan
- 1 cawan air
- 1 pek biskut cracker
- 10 biji telur
- Sedikit daun bawang / daun sup
- Hirisan cili
- Parutan keju
CARA-CARA
1. PERAP BAHAN INTI
Mula-mula satukan semua bahan inti (kecuali bawang holland) dalam sebuah bekas. Perapkan sekejap dalam lebih kurang 5 minit.
2. MASAK INTI
Seterusnya kita akan masak inti daging yang diperap tadi. Sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. Potong dadu bawang Holland tadi dan masukkan inti. Masak hingga garing. Bila dah masak ketepikan.
3. CELUP & LAPISKAN BISKUT
Ok bila intinya dah siap, kita nak melapis pula. Lebih kurang macam buat cheesekut tu. Caranya, satukan susu cair, santan dan air dalam periuk. Panaskan.
Sementara tu boleh lapik loyang dengan aluminium foil. Sapukan marjerin keliling loyang. Saya guna loyang 8 inci. Celup biskut cracker dalam adunan susu dan santan tadi. Jangan lama nanti biskut lembik. Susun dalam loyang.
4. BUBUH INTI & RATAKAN DENGAN TELUR
Kemudian inti yang dah siap masak tadi kita tambahkan hirisan cili dan daun bawang / daun sup. Nak lagi lemak bubuhkan sikit cheese. Kalau tak, bubuh dekat topping saja pun boleh. Kemudian tuangkan telur yang dah dikocok hingga rata. Settle 1 layer.
5. ULANG
Ulang semula langkah 3 & 4 hingga dapat 5 layer.
6. BAKAR
Akhir sekali, bakar dalam oven. Suhu 170 selama 40 minit atau ikut oven masing-masing. Untuk bahagian paling atas boleh bubuh topping ikut kreativiti masing-masing bila siap dibakar nanti.
SIAP!
Beginilah hasilnya bila dah siap. Wah, baunya memang wangi satu rumah.
Mudah kan? Nanti kalau ada banyak biskut cracker dah boring nak makan boleh sangatlah buat lasagna ni.
Simple tapi sedap!
*Resepi lasagna biskut cracker ini disumbangkan oleh Puan Farhanim Salleh menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2V1TJoH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment