Petua Legakan Sembelit Sesuai Diminum Oleh Anak Kecil Juga
Sakitnya bila kena sembelit, perut rasa memulas-mulas tapi sukar nak membuang. Sudahnya berjam-jam dalam bilik air menanggung sakit. Lebih kasihan bila anak kecil yang kena sembelit.
Menurut perkongsian tips oleh Puan Liza Salleh, ada petua mudah lagi sihat dan berkhasiat yang wanita ini sering amalkan bagi mengatasi masalah sembelit. Selepas mengamalkannya pencernaan lebih lancar dan lebih mudah membuang, malah juga sesuai untuk anak-anak kecil.
Berikut antara perkongsian wanita ini;
“Saya nak share tips legakan sembelit hari ini, saya memang amalkan dulu, dan wow, esok atau petang tu terus lancar membuang”. “Oh ya, untuk anak-anak pun sesuai buat ini jika ada masalah sembelit, senang, bagus dan lazat! Nyum nyum gituu, ok boleh try lah ye bagi yang ada masalah sembelit, minum di waktu pagi tau. InsyaAllah boleh legakan sembelit”.
Saya tak suka sembelit, sembelit dan lama tak membuang buat saya nampak buncit.
Bahan-Bahan:
- 7 Biji Buah Prunes
- 7 Biji Anggur Hijau
- 1 cawan air masak
- 1 kotak susu segar
Cara Membuat:
- Masukkan semua bahan-bahan kedalam mesin pengisar.
- Kisar sampai hancur/ halus.
- Tuangkan dalam cawan dan boleh terus diminum.
Semoga info ini bermanfaat!
Sumber :Fb Liza Salleh
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2V1TJ8b
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment