Video Ujian Lipatan Skrin Samsung Galaxy Fold Diterbitkan – Mampu Dilipat Sehingga 200,000 Kali
Bagi membolehkan skrin dilentur, Samsung Galaxy Fold perlu menggunakan skrin Infinity Flex Display yang diperbuat daripada bahan polikarbonat. Ini menyebabkan skrin lebih mudah tercalar dan lebih merisaukan mungkin tidak tahan lasak berbanding kaca. Bagi mengurangkan keraguan di kalangan pengguna, Samsung menerbitkan video ujian lipatan skrin Galaxy Fold hari ini.
Menurut Samsung, skrin Galaxy Fold mampu bertahan sehingga 200,000 lipatan. Ini bersamaan dengan ketahanan selama lima tahun sekiranya peranti dibuka 100 kali sehari. Ujian ini mengambil masa seminggu untuk dilengkapkan. Lima tahun ialah tempoh yang lama dengan purata pengguna menukar peranti setiap tiga tahun.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Oxikj4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment