Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Sekuriti Xiaomi Mempunyai Kerentanan Mudah Diserang Penggodam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Sekuriti Xiaomi Mempunyai Kerentanan Mudah Diserang Penggodam

MIUI adalah antara sistem operasi yang terbaik. Ia mempunyai rekaan yang ringkas, mudah digunakan, banyak ciri dan fungsi menarik dan banyak lagi. MIUI yang terbaru sudah tidak mempunyai banyak aplikasi mengarut terpasang, tetapi masih ada lagi beberapa aplikasi seperti Security untuk melindungi peranti.

Aplikasi Security ini adalah ibarat satu hab mengumpulkan banyak aplikasi Cleaner, Security Scan, Boost Speed, Battery Manager, Game Bosster, App Lock dan banyak lagi. Untuk bahagian sekuriti, ia adalah daripada aplikasi bernama Guard Provider. Terkini, Check Point Research telah menemui satu kerentanan pada Guard Provider yang membenarkan pengguna diserang dengan Man-in-The-Middle (MiTM).

Jika pengguna diserang MiTM, data-data mereka seperti kata laluan boleh dicuri, terdedah kepada aplikasi tebusan (ransomware), dijejak atau banyak lagi perkara yang boleh mengancam pengguna. Perkara ini terjadi kerana banyak aplikasi dikumpulkan dalam satu bahagian, ini bermakna banyak SDK yang digunakan. Disebabkan ini, trafik rangkaian aplikasi Security adalah tidak selamat dan mudah diserang.

Perkara lain boleh terjadi adalah peranti akan menjadi lengah masa, aplikasi Security akan tertutup dengan sendiri atau juga masalah bateri. Buat masa ini tiada apa yang anda boleh lakukan, kerana Security terpasang terus pada sistem peranti.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UiSKEj

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.