Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vivo Malaysia Menawarkan Vivo V11 Pada Harga RM1399 Sehingga 7 April Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vivo Malaysia Menawarkan Vivo V11 Pada Harga RM1399 Sehingga 7 April Ini

Vivo Malaysia hari ini hadir dengan penawaran harga istimewa untuk telefon pintar siri V mereka, iaitu Vivo V11. Bermula 5 April sehingga 7 April 2019, pengguna kini boleh mendapatkan Vivo V11 pada harga yang lebih rendah, iaitu RM1399. Dengan ini, pengguna boleh jimat sehingga RM300 berbanding harga asal peranti iaitu RM1699.

Peranti ini menggunakan rekaan skrin 6.41-inci dengan rekaan takuk kecil di atas selain menggunakan panel Super AMOLED, dijana cip Snapdragon 660, memori bersaiz 6GB RAM, dan storan sebesar 128GB. Melengkapkan telefon pintar ini, Vivo V11 menggunakan bateri berkapasiti 3400mAh. Untuk sistem operasi, peranti ini menggunakan Android 8.1 berasaskan antaramuka FunTouch OS 4.5. Menariknya, Vivo V11 hadir dengan sokongan pengimbas cap jari pada skrin.

Untuk rakaman gambar, peranti ini dilengkapi dengan lensa dwi-kamera belakang gabungan 12-megapixel bersama 5-megapixel, aperture f/1.8 dan 1.28μm pixels, manakala kamera hadapan peranti 25-megapixel. Kamera hadapan membawakan rakaman swafoto dengan resolusi tinggi yang mana sensor ini peka terhadap pencahayaan yang tinggi. Dengan kehadiran teknologi DSLR-standard Dual-Pixel Autofocus, peranti ini hanya memerlukan 0.03 saat untuk mengunci fokus pada objek yang ditetapkan.

Bagi pengguna yang berminat untuk memiliki telefon pintar ini pada harga yang lebih rendah, anda boleh mendapatkan Vivo V11 pada harga RM1399 di rangkaian rasmi Vivo. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi Vivo Malaysia dan laman rasmi sosial Vivo di Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube.

Layari: Laman Rasmi Vivo Malaysia



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ONiUJm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.