Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maxis Menawarkan Kad SIM Dengan Data Tanpa Had Percuma Untuk Diuji Pelanggan Maxis Fibre Sedia Ada - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maxis Menawarkan Kad SIM Dengan Data Tanpa Had Percuma Untuk Diuji Pelanggan Maxis Fibre Sedia Ada

Maxis kini nampaknya mula menawarkan kad SIM ujian untuk para pelanggan setia Maxis Fibre, membolehkan mereka menikmati penawaran data tanpa had, panggilan tanpa had dan SMS tanpa had secara percuma. Pelanggan Maxis Fibre yang terpilih ini dilihat menerima sebanyak tiga SIM percuma untuk digunakan sehingga 15 Mei 2019 kelak tanpa sebarang bayaran.

Ini sekaligus membolehkan para pengguna setia Maxis Fibre menikmati dan menguji talian mudah-alih Maxis – sebelum mungkin mengambil langkah untuk beralih ke pakej gabungan Maxis Prime dan Maxis One sepenuhnya.

Sekiranya seseorang pengguna memilih untuk menyimpan dan menyambung penggunaan kad SIM berkenaan, mereka boleh memilihnya untuk menyambungnya pada harga bermula RM98 sebulan untuk satu talian – selain diberikan pilihan untuk menyambungnya pada harga serendah RM43 sebulan dengan penambahan beberapa talian lain.

Jikalau anda tidak ingin menyambungnya, selepas 15 Mei 2019 kelak, anda boleh nyah-aktifkan kad SIM berkenaan dengan membuat panggilan kepada pihak Maxis. Maxis mengatakan tiada sebarang caj akan dikenakan kepada pelanggan yang tidak menyambungnya selepas 15 Mei 2019 kelak.

Ia agak menarik untuk melihat Maxis menghargai pelanggan setia mereka dan menyediakan beberapa penawaran untuk mereka mengujinya. Buat masa ini, ia tidak diketahui seramai manakah yang menerima kad SIM Maxis percuma ini.

Adakah anda pengguna Maxis Fibre? Adakah anda menerima kad SIM percuma ini?

Layari : Maxis Trial SIM Cards



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2TTzto0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.