Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS Memperkenalkan Tiga Buah Paparan Skrin Gaming Dengan Sokongan NVIDIA GSYNC Dan Kadar Segar Semula 165Hz - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS Memperkenalkan Tiga Buah Paparan Skrin Gaming Dengan Sokongan NVIDIA GSYNC Dan Kadar Segar Semula 165Hz

ASUS ialah sebuah syarikat teknologi yang cukup terkenal dengan peranti-peranti gaming mereka, termasuklah komponen, komputer, laptop paparan skrin, aksesori komputer dan sebagainya.

Terkini, mereka telah melancarkan tiga buah monitor gaming baru, semuanya dilengkapi dengan sokongan untuk teknologi paparan NVIDIA GSYNC yang digunakan untuk mengurangkan isu seperti screen tearing, dan memperbaiki lagi mutu grafik yang ditunjukkan pada paparan.

Tiga paparan ini termasuklah ASUS VG278QR, ASUS VG258QR dan ASUS VG248QR. Ketiga-tiga paparan skrin ini hadir dengan saiz 27 inci, 24.5 inci dan juga 24 inci yang mempunyai resolusi 1920×1080 dengan kadar segar semula 165Hz dan juga sela-masa serendah 0.5ms.

Jenis paparan yang digunakan untuk ketiga-tiga paparan ini pula ialah panel TN, yang hadir dengan kadar silauan paling rendah diantara kebanyakan panel yang hadir di pasaran sekarang.

Dari segi I/O, ia dilengkapi dengan satu palam DisplayPort 1.2, satu palam HDMI 1.4, satu palam DVI-D dan satu palam audio 3.5mm. Ciri-ciri lain termasuklah tetapan ASUS GameVisual yang membolehkan pengguna untuk menukar tetapan skrin dengan mudah dan cepat, bergantung kepada penggunaan, manakala ASUS Extreme Low Motion Blur pula mengurangkan isu kelipan pada skrin.

Tarikh pelancaran dan tanda harga untuk paparan-paparan ini belum diumumkan lagi, tetapi besar kemungkinan ia akan dilancarkan tidak lama lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FTToOx

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.