Hi! Welcome Back and Stay Tune! Whatsapp Business Untuk iOS Kini Dilancarkan Untuk Pengguna Di Beberapa Negara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Whatsapp Business Untuk iOS Kini Dilancarkan Untuk Pengguna Di Beberapa Negara

Baru-baru ini, Facebook telah melancarkan aplikasi pemesejan, WhatsApp Business pada pengguna iOS. Setelah, lebih dari setahun selepas perkhidmatan ini dilancarkan pada pengguna Android.

Aplikasi ini membolehkan pelbagai perniagaan dapat berinteraksi dan berkomunikasi bersama pelanggan melalui platform telefon pintar. Kini, platform ini telah memperolehi lebih daripada 5 juta pengguna.

Susulan tindakan pelancaran ini, ia adalah sebahagian daripada langkah Facebook untuk meningkatkan pendapatan daripada pihak WhatsApp sendiri. Seperti yang anda sedia maklum, sebelum ini kami pernah menulis berkenaan Pengguna Whatsapp Business Akan Mula Dikenakan Bayaran. Difahamkan pada bulan Ogos tahun lalu, pengenaan caj telah dikenakan pada operasi perkhidmatan pelanggan dari 0.5 sen hingga 9 sen bagi setiap mesej, ia bergantung kepada kadar yang ditetapkan oleh setiap negara.

Untuk makluman anda, Facebook adalah salah satu pemain global terbesar dalam pemesejan peribadi. Perkhidmatan WhatsApp, Messenger dan Instagram, masing-masing telah mempunyai lebih daripada 1 bilion pengguna.

Buat pengguna iOS, platform WhatsApp Business ini hanya akan tersedia pada App Store di Brazil, Jerman, Indonesia, India, Mexico, Britain dan Amerika Syarikat sahaja. Para pengguna bolehlah memuat turun secara percuma bermula 4 April ini dan difahamkan ianya akan dilancarkan di seluruh dunia pada masa akan datang.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2K8YSdU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.