Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pameran REWILD Our Planet Anjuran Netflix Dan WWF Menggunakan Teknologi Terimbuh Untuk “Memulihkan” Bumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pameran REWILD Our Planet Anjuran Netflix Dan WWF Menggunakan Teknologi Terimbuh Untuk “Memulihkan” Bumi

Saban minggu pasti ada berita haiwan liar menjadi korban kerana dilanggar kenderaan di Malaysia. Insiden kemasukan haiwan liar seperti gajah ke kawasan manusia juga kerap berlaku. Hakikatnya ialah haiwan tidak menceroboh ke habitat manusia tetapi sebaliknya adalah benar. Menerusi pameran REWILD Our Planet, Netflix, WWE, Google, ArtScience Museum Singapura dan PHORIA ingin memulihkan semua permukaan bumi menggunakan teknologi terimbuh (AR).

Pelawat menggunakan peranti Google Pixel 3 XL untuk melihat kemusnahan bumi di tangan manusia di dalam dunia realiti terimbuh.  Pengalaman dunia tiga dimensi terimbuh secara berkumpulan ini dibangunkan oleh PHORIA menggunakan teknologi ARCore. Sesi interaktif ini memerlukan pengguna bekerjasama untuk memulihkan semua permukaan bumi maya yang musnah dengan menghalakan pandangan di dalam peranti.

Pameran ini dianjurkan bagi menimbulkan kesedaran orang ramai tentang betapa seriusnya situasi perubahan iklim yang sedang kita hadapi. Menurut WWE, tahun 2020 mungkin tahun terakhir manusia dapat melakukan sesuatu untuk memulihkan iklim dunia sebelum ianya terlambat.

Serentak dengan pelancaran pameran REWILD Our Planet ini, Netflix turut melancarkan rancangan dokumentari baharu Our Planet. Menerusi siri ini impak manusia ke atas alam sekitar dipaparkan dengan jelas seperti pencemaran plastik di laut dan pembalakan di hutan. Ia cuba lari dari format rancangan alam sekitar yang biasanya hanya menunjukkan keindahan flora dan fauna.

Our Planet menggunakan Sir David Attenborough untuk menjadi perawi setiap episod. Rancangan ini mengambil masa 3500 hari untuk dihasilkan dengan 600 krew dan hampir dua tahun untuk disunting. Rakaman dilakukan di 50 lokasi di seluruh dunia. Bagi yang berminat Our Planet boleh distrim di Netflix bermula hari ini.

Bagi yang ingin menikmati sendiri dunia realiti terimbuh REWILD Our Planet pula, anda boleh melawat ArtScience Museum di Singapura bermula 6 April hingga 2 Jun. Masuk adalah percuma.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2uNyThF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.