Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dijangka Akan Membawa Fungsi Screen Time Dan Siri Shortcuts Ke macOS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dijangka Akan Membawa Fungsi Screen Time Dan Siri Shortcuts Ke macOS

Apple sedang membangunkan versi macOS baru untuk diperlihatkan pada acara WWDC 2019. Mereka dikatakan bakal membawa sejumlah fungsi daripada iOS untuk digunakan pada iterasi macOS akan datang.

Fungsi pertama yang akan dibawa ialah Screen Time yang membolehkan pengguna memantau masa penggunaan pada peranti. Melalui fungsi ini, pengguna boleh melihat jumlah masa yang dihabiskan pada sesuatu aplikasi, selain menetapkan had masa pada aplikasi tersebut.

MacOS juga bakal membawakan fungsi Siri Shortcuts untuk memudahkan anda melakukan sesuatu tugasan pada Mac melalui sistem automasi. Dengan hanya menekan sesuatu shortcuts, peranti akan membantu anda menyelesaikan tugasan tersebut secara automatik. Seperti contoh, anda boleh menggunakan shortcuts “Download Youtube video” untuk memuat-turun video Youtube yang sedang dimainkan.

Apple dijangka akan memperlihatkan lebih banyak perkara pada macOS baru ini pada acara WWDC yang berlangsung pada 3 Jun 2019. Acara ini akan memperlihatkan kesemua pembangunan sistem operasi oleh Apple seperti iOS, macOS, watchOS, dan tvOS.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ZpxtIf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.