Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bose Menyertakan Sokongan AirPlay 2 Pada Pembesar Suara Pintar Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bose Menyertakan Sokongan AirPlay 2 Pada Pembesar Suara Pintar Mereka

Bose sedia menawarkan “BoseSmart” iaitu sebuah siri pembesar suara pintar dengan sokongan Amazon Alexa. Apa yang menarik, sejumlah model pembesar suara BoseSmart ini telah dilengkapi dengan sokongan AirPlay 2.

Melalui penyertaan AirPlay 2 ini, pembesar suara BoseSmart kini boleh memainkan audio daripada peranti Apple secara nirwayar. Bermakna, pengguna kini boleh memainkan kandungan daripada Apple Music, Spotify, dan Tidal terus kepada pembesar suara pintar ini.

Menurut Bose, siri BoseSmart yang menyokong AirPlay 2 ini merangkumi Bose Home Speaker 500, Soundbar 500, dan Soundbar 700. Bose juga dijangka akan memperkenalkan fungsi ini pada pembesar suara SoundTouch mereka, namun tiada sebarang tarikh diberikan untuk pemberian kemaskini.

Kesemua pembesar suara yang disenaraikan perlu dikemaskini ke firmware versi 3.1.7 untuk menikmati fungsi AirPlay 2 ini. Ia boleh dikemaskini melalui aplikasi Bose Music yang sedia ditawarkan pada peranti Android dan iOS.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IBKzNt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.