Kiraan ‘Likes’ Pada Gambar Instagram Mungkin Akan Disorokkan
Instagram pada saat ini bukan sahaja digunakan untuk perkongsian gambar semata-mata, namun turut dijadikan medan untuk mempromosikan jenama, individu, dan sebagainya. Jadi ada beberapa pihak telah mendapatkan sejumlah likes palsu untuk ‘menaikkan’ imej sesebuah akaun tersebut. Instagram sebenarnya tidak menyukai dengan pendekatan ini, sekaligus melakukan beberapa perkara untuk menanganinya.
Instagram pada tahun lalu sebenarnya telah mula membuang beberapa buah akaun yang disyaki terlibat di dalam sindiket pengikut palsu. Namun ia agak sukar dikesan kerana ia masih boleh digalas oleh manusia dan bukan pada bot semata-mata. Pada tahun ini, mereka dilihat ingin menyorokkan jumlah likes pada gambar melalui ujian fungsi yang dibuat oleh Instagram.
Ia didedahkan oleh Jane Manchun Wong yang terkenal dalam mencari sesuatu fungsi yang tersembunyi di dalam kemaskini sesebuah aplikasi. Beliau mendapati Instagram sedang cuba untuk menyembunyikan angka likes daripada penglihatan pengguna menerusi halaman utama.
Dengan pendekatan ini, pengguna lain tidak dapat melihat angka sebenar likes pada sesebuah gambar yang dikongsi. Hanya pengirim gambar asal sahaja yang dibenarkan untuk melihat angka likes pada gambar ini.
Walau bagaimanapun, fungsi ini hanya sekadar ujian dan tidak diketahui lagi sama ada ia bakal diimplementasikan kelak. Namun sekiranya ia menjadi realiti, juruhebah media sosial Instagram tidak perlu lagi bersusah payah untuk membeli likes dan hidup di dalam kepura-puraan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UrW3Ep
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment