Hi! Welcome Back and Stay Tune! China Memperlihatkan Kenderaan Tentera Dua Alam Dengan Kemampuan Swapandu Dan Swalayar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

China Memperlihatkan Kenderaan Tentera Dua Alam Dengan Kemampuan Swapandu Dan Swalayar

Kenderaan dua alam digunakan oleh pasukan tentera marin untuk menyerang kawasan pantai terus dari sebuah kapal pengangkut. Ia digunakan dengan jayanya ketika D-Day di Perancis ketika Perang Dunia Kedua dan juga Guadalcanal. Sehingga kini kenderaan amfibia ini masih digunakan oleh pasukan tentera seluruh dunia.

Selari dengan penggunaan sistem swapandu pada dron dan lori pengangkut bekalan logistik, tentera China kini telah berjaya menguji kenderaan amfibia dengan kemampuan swalayar serta swapandu. Ini menjadikan China negara pertama dunia berjaya memperkenalkan sistem seperti ini. Kenderaan yang diberi nama Marine Lizard ini dibina oleh firma Wuchang Shipbuilding Industry Group yang merupakan anak syarikat kepada China Shipbuilding Industry Corporation (CSIC).

Ia sepanjang 12 meter dengan rekaan badan kapal trimaran dan menggunakan sistem hirdrojet berkuasa diesel. Di atas permukaan laut Marine Lizard mampu bergerak pada kelajuan 50 knot manakala di atas darah hanya 20 km/j. Apabila sampai ke pesisir pantai, empat roda berunut akan dikeluarkan dari bahagian bawah kenderaan.

Menurut laporan media China, Marine Lizard boleh mencari jalan terbaik ke destinasi secara automatik. Sistem GPS oleh BeiDou digunakan bagi memastikan ketepatan navigasi. Untuk mempertahankan diri, Marine Lizard dilengkapi mesingan dan sistem pelancar berlandasan untuk misil anti pesawat serta kapal. Namun begitu kedua-dua senjata ini masih memerlukan anggota tentera untuk berfungsi.

Pihak Wuchang Shipbuilding Industry Group membangunkan kenderaan ini untuk kegunaan tentera China tetapi terbuka kepada pengeksportan kepada negara lain yang berminat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Uve98A

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.