Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kisah PU Abu Ramas Tetek Anak... - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kisah PU Abu Ramas Tetek Anak...

'Menggigil ketakutan anak aku masa tu' - Ibu kongsi kisah anaknya pernah dianiaya ustaz viral


Pada mulanya, si ibu enggan mengendahkan aduan anak lelakinya yang mendakwa dibuli oleh guru agama sehinggalah pada kemuncak dia enggan pergi ke sekolah lagi, membuatkan ibu bapa dan nenek mangsa bersemuka dengan ustaz terbabit. 

Namun, alangkah kesalnya bilamana ustaz terbabit memberikan alasan yang tidak munasabah. Dan untuk pengetahuan, ustaz itu kini dikaitkan dengan isu menceraikan isterinya yang hamil demi seorang ibu tunggal. 

TENGAH skrol Facebook, tiba-tiba ternampak posting tentang ustaz PU Abu Sufyan ini. Kisah tentang dia ceraikan isterinya semata-mata mengejar si janda atau ibu tunggal. Kasihan pada si isteri dan anak yang bakal dilahirkan. 

Aku sendiri pernah ada peristiwa hitam dengan PU Abu ini. Anak aku, Akmal Hareez pernah dimalukan dalam kelas sewaktu beliau mengajar di Sekolah Agama Al Furqan Bandar Baru Selayang. Apa yang aku nak ceritakan ini bukan sebab nak aibkan dia tetapi aku bengang dengan sikap dan keegoan dia pada masa itu. 

Al-kisah terjadi pada tahun 2016, ketika anak aku darjah 3. Dia selalu menangis dan mengadu pada aku kerana kerap dibuli oleh ustaz ini. Pada mulanya aku malas nak ambil peduli sangat aduan anak aku sebab aku fikir anak aku ini manja sangat. Tapi bila sampai satu tahap dia dah tak nak pergi sekolah, aku pun mulalah marah. 

Aku pun tanya pendapat mak aku. Mak aku cakap, benda seperti ini tidak boleh dibiarkan dan kena menghadap ustaz ini. Jadi aku, suami dan mak aku pun pergilah ke sekolah. Sebelum itu aku minta izin dengan ketua guru di sekolah agama itu sekali dan dia pun terkejut dengan aduan anak aku.



Oh ya, anak aku ini jenis bambam orangnya. Ustaz ini suruh anak aku ke depan kelas dan ustaz ini bukakkan baju melayu anak aku sampai nampak tetek dia. Pastu dia boleh perah tetek anak aku di depan satu kelas sambil suruh satu kelas gelakkan dan standby baling botol air pada anak aku. Menggigil ketakutan anak aku pada waktu itu. Yela, anak aku itu walaupun baru darjah tiga, tapi badan dia agak besar. 

Bila ustaz ini dipanggil ke bilik guru, mak aku pun mempersoalkan tindakannya itu. Oh ya, mak aku ini bekas penolong kanan dan bekas guru disiplin. Jadi, dia memang tahu semuanya etika seorang guru. 

Ustaz itu selamba saja jawab dia nak bergurau. Maka semakin marahlah ketua guru itu apabila mendengar jawapan selamba ustaz ini. Langsung tak ada rasa bersalah aibkan anak aku sampai ke tahap seperti itu. 

Endingnya dia minta maaf, itupun selepas diminta oleh ketua guru itu. Nampak sangat dia bengang dan tercalar egonya pada masa itu. Tapi kesan yang dia buat pada anak aku itu menyebabkan anak aku diejek sehingga aku terpaksa tukarkan dia ke sekolah agama yang lain. 

Aku pun tak faham kenapa perlu dia aibkan anak aku sampai macam itu sekali, padahal dia seorang ustaz. 

Tapi kini bila baca pasal ustaz ini, aku sedar yang dia pun hanya hamba Allah yang biasa. Bukannya maksum. Cuma aku ralat yang dia masih tidak berubah. 

Sumber: Puan Zahara Mohd Yusof


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GqctZ0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.