Celcom Dan eMooVit Memperlihatkan Kereta Swapandu Berasaskan Proton Exora
Celcom dalam mempromosikan rangkaian 5G akan datang, hari ini telah pun mempertontonkan konsep penggunaan rangkaian berkenaan melalui sebuah kereta swapandu. Celcom bekerjasama dengan pihak eMooVit untuk tujuan ini, dan mempertontonkan kenderaan swapandu berasaskan Proton Exora.
Kereta ini hadir dilengkapi dengan sensor lidar untuk mengenal-pasti jarak objek berdekatan dan memeta keadaan sekeliling. Disamping itu, kenderaan ini juga dikelilingi dengan penggunaan 8 kamera untuk pelbagai tujuan.
Melalui ujian yang dipertontonkan kepada kami, kenderaan berkenaan dipandu secara swapandu pada kelajuan mencapai 15 km/j untuk tujuan pertontonan awam. Ketika dalam padang ujian, ia dikatakan boleh diuji pada kelajuan mencapai 40 km/j. Menurut pihak eMooVit juga, kenderaan swapandu yang dipertontonkan ini adalah dibawah klasifikasi tahap 4.
Penggunaan teknologi swapandu ini dilihat memerlukan rangkaian telekomunikasi yang pantas, termasuk kadar lengah masa yang sangat rendah. Hal ini akan membolehkan kenderaan berkomunikasi antara kenderaan lain, selain turut boleh menghantar data semasa dengan pantas ke pelayan. Melalui ujian yang dipertontonkan sepanjang sekitar 800 meter, pihak eMooVit mengatakan ia merakamkan data sekitar 44gb.
Celcom mempertontonkan konsep penggunaan ini kepada umum, dan turut akan memperlihatkan beberapa konsep penggunaan rangkaian 5G yang lain sepanjang minggu ini.
Kerajaan sendiri akan mengadakan acara “5G Malaysia” pada hari Sabtu dan Ahad ini di Putrajaya, dimana turut boleh disertai orang awam dan mengalami sendiri pelbagai teknologi baru yang dibangunkan syarikat tempatan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ImD0Kg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment