Hi! Welcome Back and Stay Tune! Meitu Tidak Lagi Menjual Telefon Pintar, Kini Memfokuskan Pembangunan Teknologi Pengimejan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Meitu Tidak Lagi Menjual Telefon Pintar, Kini Memfokuskan Pembangunan Teknologi Pengimejan

Pada November tahun 2018, Xiaomi telah mengambil-alih perniagaan peranti Meitu dan Xiaomi akan bertanggungjawab terhadap rekaan, pemasaran dan penjualan peranti Meitu. Tetapi ini tidak menghalang Meitu untuk teruskan pengeluaran peranti, kerana Disember tahun lepas Meitu V7 dan Meitu V7 Tonino Lamborghini telah dilancarkan.

Nampaknya dua peranti Meitu V7 ini merupakan peranti terakhir keluaran Meitu sendiri, kerana mereka telah mengumumkan yang segala operasi berkait dengan telefon pintar kini dihentikan. Menurut mereka, untuk model-model Meitu yang sedia ada – Xiaomi akan uruskan dari segi pembangunan, jualan atau promosi. Akan tetapi, menurut Meitu menghentikan perniagaan ini bukan bermakna mereka akan gulun tikar – tetapi Meitu akan menaiktaraf strategi perniagaan mereka kepada sesuatu yang baru.

Meitu M8 SailorMoon

Seperti rancangan mereka tahun lepas, Xiaomi kini memegang lesen jenama Meitu dan berhak menghasilkan peranti Meitu di bawah jenama Xiaomi. Kemudian, Meitu pula akan memfokuskan kepada pembangunan teknologi pengimejan untuk kamera telefon pintar. Dengan sumber-sumber dari Xiaomi, teknologi kamera Meitu akan lebih berkembang kepada skala lebih besar dan berkuasa. Meitu turut bertegas yang perkhidmatan pelanggan model-model Meitu akan terus dijaga dan pengguna Meitu tidak akan dipinggirkan.

Bagi yang tidak tahu apa itu Meitu, ia adalah jenama telefon pintar di China yang terkenal dengan aplikasi kamera dengan mod kecantikan yang unik serta mempunyai identiti rekaan telefon pintar yang tersendiri.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GmUxym

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.