Hi! Welcome Back and Stay Tune! OPPO F11 Dilancarkan Di Malaysia – Kamera 48MP, Helio P70, Dijual Pada Harga RM1099 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OPPO F11 Dilancarkan Di Malaysia – Kamera 48MP, Helio P70, Dijual Pada Harga RM1099

OPPO pada sebelum ini telah melancarkan OPPO F11 Pro dengan penawaran peranti kelas pertengahan bersama rekaan skrin penuh. Ia menampilkan bahagian kamera yang boleh dikeluarkan ke atas bagi menjayakan rekaan tanpa takuk. Pada hari ini, OPPO telah memperkenalkan OPPO F11 dengan sejumlah ciri-ciri menarik pada harga yang lebih mampu milik.

OPPO F11 dilihat membawa penambahbaikan berbanding OPPO F9 terutama melihat dari segi spesifikasinya. Ia membawakan paparan LTPS LCD sebesar 6.5-inci FHD+, bersama penyertaan takuk seumpama titisan air. Ia juga dijana dengan cip lapan-teras MediaTek Helio P70, memori 4GB RAM, dan mempunyai storan 128GB yang boleh ditingkatkan melalui kad mikroSD.

Oppo F11

Untuk keupayaan penggambaran, ia membawakan sistem dwi-kamera utama, melalui penggunaan sensor 48MP f/1.8 + 5MP f/2.4 untuk kebolehan bokeh. Ia turut disertakan dengan fungsi Night Mode yang membolehkan pengguna menikmati penggambaran malam yang lebih menawan. Kamera hadapannya pula hadir dengan sensor 16MP f/2.0 dengan fungsi pencatikkan wajah yang boleh dilaraskan.

Apa yang lebih menarik, ia membawakan kapasiti bateri yang sama seperi OPPO F11 Pro iaitu 4000 mAh. Untuk sokongan pengecasan, ia masih menyertakan sambungan mikroUSB dan boleh dicas secara pantas melalui pengecas VOOC 3.0.

Ia juga dilihat telah menjalankan antaramuka Color OS 6.0 yang dibina bersama sistem operasi Android 9.0 Pie. Ia menampilkan antaramuka yang lebih kemas dan moden, disamping membolehkan pengguna menikmati sejumlah fungsi daripada Android Pie ini. Color OS 6 turut membawa sebanyak 20 penambahbaikan pada sistem, dalam membolehkan peranti beroperasi dengan lebih pantas.

Untuk pasaran tempatan, OPPO F11 telah disenaraikan pada harga RM1099 untuk variasi 4GB RAM + 128GB. Shopee juga ada menawarkan promosi untuk peranti ini dengan harga RM999 pada 19 April ini bermula 12AM. Pilihan warna yang ditawarkan hanya satu sahaja buat masa ini iaitu warna Flourite Purple.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2v4GZ5D

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.