Samsung Mengumumkan Mereka Kini Sedia Menghasilkan Cip 5nm Menggunakan Teknik EUV
Setiap tahun kuasa memproses pada cip peranti pintar meningkat dengan mendadak berbanding generasi terdahulu. Kemampuan memproses sebuah peranti kelas permulaan sekalipun adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan komputer yang digunakan pada misi bulan. Salah satu cara yang dilakukan untuk meningkatkan kuasa ialah menghasilkan cip yang lebih kecil.
Samsung hari ini mengumumkan mereka telah berjaya membangunkan teknologi penghasilan cip bersaiz 5nm menerusi teknik extreme ultra violet (EUV). Hasilnya ialah pemproses yang 10% lebih berkuasa tetapi mengurangkan penggunaan tenaga sebanyak 20%. Cip 5nm EUV ini dihasilkan di kilang mereka di Hwaseong yang dijangka siap pada separuh kedua 2019. Pengilangan secara besar-besaran cip ini akan bermula pada tahun 2020.
Pengumuman hari ini menepati sasaran yang ditetapkan Samsung semasa mengumumkan kejayaan menghasilkan cip 7LPP (7nm Low Power Plus) pada Julai tahun lalu. Seterusnya mereka akan membangunkan pula cip berteknologi 3GAAE (3nm Gate-All-Around Early).
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2IkOCNT
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment