Hi! Welcome Back and Stay Tune! Perkhidmatan GrabFood Boleh Diakses Terus Menerusi Aplikasi Grab Bermula 17 April - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Perkhidmatan GrabFood Boleh Diakses Terus Menerusi Aplikasi Grab Bermula 17 April

Grab yang merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan seru pandu, kini dilihat semakin mendapat permintaan kerana servis yang memberi kemudahan kepada orang ramai. Selain perkhidmatan menempah kenderaan dari satu destinasi ke satu destinasi, Grab juga telah mendominasi pasaran Malaysia dengan perkhidmatan perkhidmatan menarik mereka yang lain, terutamanya GrabFood.

Jika sekarang perkhidmatan GrabFood ini memerlukan pengguna untuk membuat tempahan makanan menerusi aplikasi berasingan GrabFood mereka, kini Grab Malaysia telah mengumumkan bahawa pihak mereka telah mengintegrasikan aplikasi GrabFood ke dalam aplikasi Grab yang asal dan akan disokong oleh kesemua pengguna bermula 17 April ini. Hal ini sekaligus menjadikan proses tempahan makanan menjadi lebih mudah dan pengguna tidak lagi memerlukan aplikasi berasingan untuk membuat tempahan makanan.

 

Sejak pelancaran perkhidmatan ini pada tahun lalu, aplikasi GrabFood ini dilihat semakin berkembang maju di mana ia merupakan antara perkhidmatan penghantaran makanan terbesar di Malaysia yang mana pelanggan perkhidmatan ini dilaporkan telah meningkat sebanyak 30% setiap bulan. Bagi memenuhi permintaan orang ramai GrabFood juga hari ini telah mengumumkan bahawa perkhidmatan mereka kelak akan diperluaskan ke kawasan kawasan lain di Malaysia, seperti Pulau Pinang, Melaka, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu bermula pada 22 April ini.

Selain membuat pengumuman berkenaan gabungan dua aplikasi dan kawasan yang akan diperluaskan, pihak mereka juga turut memperkenalkan beberapa rakan kongsi dalam menyajikan servis perkhidmatan makanan yang lebih baik, seperti Village Park Restaurant, Humble Chef, Murni Discovery, Salad Atelier dan banyak lagi. Grab juga menyasarkan untuk terus mengembangkan perkhidmatan mereka dengan mempelbagaikan lagi rakan kongsi untuk perkhidmatan makanan di seluruh Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2X94pma

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.