Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jantung Cetakan 3D Yang Menggunakan Sel Manusia Berjaya Dihasilkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jantung Cetakan 3D Yang Menggunakan Sel Manusia Berjaya Dihasilkan

Saban tahun puluhan ribu pesakit di Malaysia menanti giliran untuk mendapat organ yang di derma. Oleh sebab itu kerajaan telah melakukan banyak kempen untuk meningkatkan kesedaran kepentingan menderma organ bagi mereka yang memerlukan. Jantung ialah antar organ yang diperlukan bagi kelangsungan hidup sehingga ada yang sanggup ke luar negara untuk mendapatkan organ yang penting ini. Di masa hadapan, masalah kekurangan organ yang di derma akan diselesaikan menerusi teknik cetakan 3D.

Penyelidik dari Tel Aviv University, Israel telah mengumumkan mereka berjaya menghasilkan jantung menerusi teknik cetakan 3D di dalam jurnal Advanced Science. Keunikan kejayaan mereka ini ialah jantung dihasilkan menggunakan bahan biologi pesakit itu sendiri. Biopsi tisu lemak pesakit diambil dan kemudian diproses menjadi sel tunjang pluripoten. Ia kemudian digunakan sebagai “dakwat” kepada mesin cetakan 3D bagi menghasilkan jantung yang lengkap dengan pembuluh darah, ventrikel dan kebuk.

Buat masa ini jantung yang dicetak hanya sebesar jantung seekor arnab. Ototnya juga hanya mampu mengecut kerana belum “diajar” untuk mengembang bagi membolehkan darah dipam seperti jantung sebenar. Dengan penggunaan sel pesakit sendiri untuk mencetak organ gantian, masalah penolakan organ yang berlaku sekarang akan dapat diselesaikan.

HospitalPenyelidik Tel Aviv University kini merancang untuk melakukan ujian pemindahan organ ke dalam binatang sebagai langkah seterusnya. Mereka meramalkan dalam masa sedekad, hospital akan mempunyai kemampuan mencetak organ dari sel pesakit apabila diperlukan.

Teknik cetakan 3D ialah antara usaha yang sedang dilakukan bagi menyelesaikan masalah kekurangan organ. Sebelum ini kami melaporkan organ khinzir telah disunting DNAnya mempunyai potensi sebagai organ gantian pada tubuh manusia selepas berjaya dipindahkan ke tubuh babun. Namun begitu selagi kedua-dua teknik ini masih belum menjadi realiti, ada baiknya pembaca sekalian menjadi penderma organ kerana ia sebenarnya dibenarkan oleh syarak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Pf4HVV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.