Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adobe Memberi Amaran Untuk Tidak Menggunakan Versi Lama Creative Cloud – Kemungkinan Akan Disaman Oleh Parti Ketiga - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adobe Memberi Amaran Untuk Tidak Menggunakan Versi Lama Creative Cloud – Kemungkinan Akan Disaman Oleh Parti Ketiga

Perisian kreatif Adobe Creative Cloud ialah sekumpulan perisian kreatif oleh Adobe yang digunakan oleh ramai pereka grafik dan penyunting video profesional untuk tugasan harian mereka.

Ada diantara mereka yang masih menggunakan perisian versi lama kerana ingin mengelak masalah keserasian fail dimana kadang-kala tidak semua orang mempunyai versi perisian Adobe yang sama.

Terkini, pihak Adobe telah mengeluarkan kenyataan rasmi dimana mereka meminta semua pengguna-pengguna mereka untuk menggunakan perisian Creative Cloud versi terbaru. Adobe juga baru-baru ini dikatakan telah menghentikan sokongan dan lesen untuk penggunaan perisian Creative Cloud versi lama ini.

Menurut Adobe lagi, terdapat kebarangkalian bahawa mereka yang masih menggunakan Adobe Creative Cloud versi lama ini akan disaman oleh “parti ketiga” disebabkan perisian terkandung yang menggunakan teknologi yang tidak lagi dilesenkan kepada Adobe.

Menurut laporan Apple Insider, Adobe kini sedang disaman oleh Dolby, kerana enggan membayar pampasan royalti untuk teknologi yang dilesenkan kepada syarikat tersebut, dan keengganan pihak Adobe untuk diaudit jualan perisian mereka.

Adobe juga hadir dengan kenyataan dimana selepas ini, hanya dua versi terkini Adobe Creative Cloud boleh dimuat-turun melalui laman web Adobe untuk memastikan pengguna menggunakan perisian yang terbaru dan paling stabil.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2LHfNor

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.