Adobe Memulakan Program Beta Bagi Aplikasi Photoshop Untuk iPad
Adobe pada Oktober tahun lalu telah mula memperlihatkan aplikasi Photoshop untuk iPad. Kini mereka telah membuka program beta bagi aplikasi ini dalam membolehkan pengguna mengujinya terlebih dahulu.
Ia diumumkan melalui sebuah e-mel yang dihantar kepada pengguna yang melanggan Creative Cloud. Di dalam e-mel tersebut, Adobe menawarkan pautan ke Google Forms untuk membenarkan pengguna mengisi alamat e-mel, nama, dan sebab mengapa mereka berminat untuk mengikuti program beta ini.
Adobe telah memperlihatkan Photoshop untuk iPad pada acara Adobe MAX, yang mana menyajikan antaramuka dan kawalan seumpama di desktop. Ia juga dioptimasikan dengan Apple Pencil bagi memudahkan pengguna melakar dan membuat potongan imej menerusi aplikasi ini.
Walau bagaimanapun, Adobe tidak memberikan sebarang tarikh bilakah Photoshop untuk iPad bakal ditawarkan kepada semua pengguna. Namun bagi anda yang berminat untuk mengujinya dalam bentuk beta, anda boleh mengisi Google Form untuk mengikuti program ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Vk2JF3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment