Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Memberikan Kemaskini Pada Televisyen Pintar Bagi Menyokong AirPlay 2 Serta Aplikasi Apple TV - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Memberikan Kemaskini Pada Televisyen Pintar Bagi Menyokong AirPlay 2 Serta Aplikasi Apple TV

Samsung dan Apple adalah dua syarikat yang mempunyai sejarah perbalahan di mahkamah sejak sedekad lalu. Namun begitu kerjasama masih dilakukan dengan Samsung menjadi pembekal utama pelbagai peranti keluaran Apple. Hari ini Samsung mula memberikan kemaskini perisian yang mengaktifkan sokongan AirPlay 2 serta kemampuan memuat turun aplikasi Apple TV.

Samsung TV AirPlayPerisian diberikan untuk kesemua televisyen pintar tahun 2019 dan sesetengah model 2018. Ini adalah selari dengan pengumuman mereka untuk menyokong AirPlay 2 pada Januari lalu dan kemaskini iOS 12.3 yang mula diterima hari ini. Sokongan AirPlay 2 akan diterima oleh pengguna di 176 negara manakala aplikasi Apple TV pula disokong di 100 negara.

Menerusi aplikasi Apple TV, pengguna boleh mengakses ribuan kandungan video yang ditawarkan Apple terus dari televisyen pintar Samsung. Sokongan AirPlay 2 pula membolehkan lemparan kandungan dari pelbagai peranti Apple terus ke televisyen.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2WBmQQF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.