Chrome Pada Android Kini Hadir Dengan Fungsi Perkongsian URL Pada Talam Alamat
Chrome pada Android kini dikemaskini ke versi 74. Antara fungsi baharu yang diperkenalkan ialah pilihan perkongsian URL yang lebih mudah terus dari talam alamat pelayar. Tiga butang baharu dipaparkan iaitu menyalin, berkongsi dan suntingan. Sebelum ini untuk melakukan perkongsian URL, menu sisi pada bahagian atas perlu ditekan terlebih dahulu untuk memaparkan pilihan yang sama.
Kini pengguna hanya perlu menekan talam alamat dan ketiga-tiga butang yang disebutkan tadi akan muncul. Ini mengurangkan langkah yang perlu dilakukan pengguna untuk melakukan perkongsian URL menarik pada laman media sosial atau emel. Untuk menggunakan fungsi baharu ini, sila kemas kini Chrome untuk Android anda menggunakan Play Store.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HkZR62
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment