[Terbaru 2019+Gambar] Tutorial Cara Menyimpan Foto Di Google Drive
Panduan Cara Menyimpan Foto Di Google Drive Menggunakan Laptop Dan HP
Tidak ada ruang di laptop atau hp anda ? Ingin menyimpan foto-foto di google drive tetapi anda tidak tahu caranya ? Berikut merupakan panduan langkah demi langkah akan cara menyimpan foto di google drive.
Jangan risau, langkah menyimpan gambar kesayangan anda akan dilengkapi dengan gambar bagi memudahkan anda.
Sebelum itu anda perlu mempunyai akaun gmail google terlebih dahulu. Inginkan panduan untuk membuat email google ? Klik sahaja link berikut:
[Terbaru 2019+Gambar ] Cara Buat Email Google Yang Baru
1. Cara Menyimpan Foto Di Google Drive Menggunakan Laptop
Sebelum itu…
Sila sediakan ataupun pilih foto yang anda ingin simpan di google drive dahulu. Anda boleh menyusun foto tersebut dalam satu file supaya mudah untuk proses upload nanti.
Sila buka browser internet anda.
Kemudian, pada ruang search engine, sila taip perkataan “google drive”.
Anda akan dapati hasil carian seperti berikut akan dipaparkan. klik “Google Drive: Free Cloud Storage for Personal Use”
Anda akan dibawa ke paparan berikutnya.
Langsung klik “Go to Google Drive”.
Anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar dibawah. Pada bahagian Email or phone, masukkan email anda.
Sila lihat contoh dalam gambar. Kemudian klik butang biru “Next”.
Kemudian paparan seperti berikut akan muncul. Anda diminta untuk memasukkan password atau “kata laluan” email anda.
Kemudian, klik butang biru “Next”.
Apabila paparan seperti yang tertera dibawa muncul, klik sahaja butang “Done”.
Kemudian paparan seperti dalam gambar dibawah akan muncul. Sila klik tanda “x” .
Anda akan dibawa ke akaun google drive anda.
sila klik “+ New” pada sudut atas sebelah kiri laptop anda.
Kemudian pilih “Folder upload” seperti yang ditunjukkan dalam gambar dibawah.
Seterusnya, anda akan dibawa ke “file” computer anda. Sila cari fail foto yang anda telah sediakan tadi.
Kemudian “klik” pada file foto tersebut.
Kemudian, klik butang “Upload”.
Kemudian satu “pop up” akan muncul pada skrin komputer anda seperti dalam gambar berikut:
Langsung klik butang biru “Upload”.
Anda boleh melihat proses “Upload” pada sudut sebelah kanan laptop anda seperti dalam gambar berikut:
Terlihat tanda ( / ) berwarna hijau apabila proses upload sudah selesai.
Apabila proses “upload” sudah selesai, sila klik “My Drive” pada sebelah kiri laptop anda.
Anda akan melihat file foto yang telah diupload tadi.
Proses menyimpan foto di google drive kini selesai.
2. Cara Menyimpan Foto Di Google Drive Menggunakan HP
Bagi tutorial menyimpan foto di google drive menggunakan hp, anda perlu mempunyai apps “Drive” seperti dalam gambar berikut.
Sila klik pada apps “Drive”.
Kemudian, anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:
Email or phone: sila masukkan email anda.
Kemudian klik butang biru, “Next”.
Anda akan dibawa ke paparan seperti berikut:
Enter your password: Masukkan kata laluan atau password email anda.
Kemudian, klik butang “Next”.
Anda akan dibawa ke paparan seperti gambar dibawah:
Sila klik butang biru “ACCEPT”.
Anda kini berada di akaun Google Drive anda seperti dalam foto berikut:
Klik butang ” + ” yang telah dibulatkan berwarna merah seperti dalam gambar dibawah.
Paparan seperti dalam foto dibawah akan muncul.
Sila klik butang “Upload” seperti yang dibulatkan dengan warna merah.
Kemudian, Klik bahagian kiri perkataan “Recent” seperti yang dibulatkan dengan warna merah.
Anda akan dibawa ke paparan seperti berikutnya:
Disebabkan anda ingin menyimpan foto di google drive, sila pilih atau klik “Picture”.
Paparan seperti foto dibawahcakan muncul.
Anda boleh pilih mana-mana file yang mengandungi foto yang ingin anda simpan di google drive.
Klik sahaja fail tersebut, sebagai contoh fail “Camera”.
Kemudian anda klik mana-mana foto dalam hp yang anda ingin simpan ke google drive.
Selesai membuat pilihan foto, sila klik butang “OPEN” seperti dalam gambar dibawah.
Proses uploading kini bermula.
Sila klik butang “File” untuk melihat proses uploading atau muat naik.
Apabila icon foto telah muncul, proses uploading atau menyimpan foto ke google drive menggunakan hp kini telah berjaya.
Lebih jelas, sila rujuk foto berikut:
Proses uploading bergantung kepada berapa banyak foto yang ingin anda simpan, dan kelajuan internet anda. Semakin banyak foto, semakin banyak masa yang digunakan.
The post [Terbaru 2019+Gambar] Tutorial Cara Menyimpan Foto Di Google Drive appeared first on InfoSantai.
✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/30f1ElD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment